Adakah anda merancang untuk membeli sebuah kamera bagi kegunaan keluarga? Jika ya, lebih baik tinjau dahulu Nikon COOLPIX W100. Sebuah kamera digital kompak yang kalis air dan shockproof serta mudah dibawa ke mana-mana.

Ciri-ciri menarik yang ada pada kamera Nikon COOLPIX W100 berikut perlu dipertimbangkan kepada yang bakal membeli kamera.

1. Menggabungkan imej berkualiti boleh dipercayai dengan pilihan menu ringkas, mudah digunakan dan beranimasi pada Variety Menu.

2. Kamera ini direka secara ergonomik sesuai untuk semua orang dalam keluarga menikmati momen menyeronokkan dengan mudah.

3. Reka bentuk bulat yang padat, butang-butang besar dan ciri-ciri pintar seperti Underwater Face Framing, memastikan setiap anggota keluarga dapat merakamkan imej berkualiti tinggi dan Full HD*3 Video dengan satu sentuhan butang sahaja.

4. Pilihan menu baru yang kreatif seperti Add Cartoon Effect, Stamps and Frame Decoration berwarna-warni mampu menarik minat di kalangan pengguna generasi muda.

5. Dengan ciri SnapBridge, COOLPIX W100 memberikan sambungan pantas kepada peranti pintar menerusi sambungan Bluetooth®. Imej yang dirakam dipindahkan serta merta kepada peranti pintar pengguna, membolehkan perkkongsian mudah dalam media sosial kegemaran mereka. Proses memindahkakn imej semakin mudah tanpa perlu memindah dan membuang dari kad memori SD. Kini berkongsi gambar pengalaman aktiviti luar menjadi lebih mudah dan pantas.

Detik bersama keluarga adalah momen terbaik untuk dirakamkan. Kadangkala detik lucu atau spontan berlaku tanpa dijangka. Dengan menggunakan COOLPIX W100, yang kalis air, shockproof, kalis debu dan kalis beku, barulah banyak momen spontan dan lucu dapat dirakamkan dalam imej yang berkualiti.