Jika pada orang dewasa, bekas gigitan nyamuk boleh hilang dengan cepat. Tetapi tidak pada bayi. Kulit bayi yang masih baru,lembut dan lebih sensitif, menjadikan bekas gigitan nyamuk bertahan lama. Sekalipun tidak serius, tetapi warna merah di kulit bayi tetap merisaukan ibu bapa.

Kali ini dikongsikan beberapa tip yang boleh membantu untuk  menghilangkan bekas gigitan nyamuk pada kulit bayi. Mana tahu serasi pada bayi anda.

1) Lemon 

Penggunaan jus lemon. Gosokkan jus lemon atau perahan air lemon pada bekas gigitan.Biarkan 10-15 minit lalu bilas dengan air suam. Ulangi 2-3 kali sehari. Elakkan jus kering dikulit kerana kandungan vitamin C dalam lemon boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

2) Minyak Lavender

Penggunaan minyak lavender. Oleskan pada bahagian yang merah selama 15-20 minit lalu bilas dengan air. Ulangi 2-3 kali sehari.

3) Kulit Buah

Gunakan kulit pisang dan kulit tembikai. Gosokan kulit buah itu ke kulit. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air sejuk.

4) Gel Lidah Buaya

Cukup oleskan gel dari lidah buaya selama beberapa jam dan boleh basuh seperti biasa.

5) Teh Hijau

Campurkan teh hijau dengan air suam.Lalu sapukan pada bekas gigitan nyamuk dengan air ini.