Ibu mana yang tak susah hati kalau anak demam. Asyik merengek, nak berdukung dan makan pun tak mahu. Malah kita nak buat kerja pun dah jadi tak keruan.

Selagi anak tak baik demam, waktu tidur pun terpaksa dikorbankan semata-mata nak pastikan anak selesa. Ada beberapa perkongsian yang boleh membantu ibu untuk pastikan demam anak cepat pulih.

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan tiga kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

• Bila selesema. Tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selesema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selesema, alhamdulillah maksimum kena pun 3 hari.

• Batuk. Tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insya-Allah kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak dia dah longgar tepuk belakang anak setiap kali anak batuk. Biar dia muntah lebih baik jadi semua lendir-lendir tu keluar)

• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selesema.

• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selesema tak bagi mandi. Jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi. Doktor pun turut pesan, jika anak demam pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.

Sumber: Nur Afiqah