Langkah pertama anak kecil sentiasa mengujakan mana-mana ibu bapa. Berjalan juga merupakan salah satu fasa menunjukan yang anak anda sedang membesar.

Biasanya, anak kecil akan mula bertatih sekitar usia 9-18 bulan.

Selepas dari itu, mereka akan cuba berjalan sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Namun, terdapat juga anak-anak yang lambat berjalan atau juga dipanggil ‘delayed walking’.

Ada beberapa perkara yang boleh jadi punca mengapa mereka lambat berjalan.

Punca anak lambat berjalan tidak spesifik. Ia berlaku kerana beberapa sebab seperti:

1.    Motor otot yang lambat matang

Ini adalah salah satu terma yang digunakan untuk menerangkan keadaan anak-anak yang lambat berjalan. Skil motor adalah adalah normal namun lambat.

Selain itu, anak yang lambat belajar juga menyumbang kepada pertumbuhan motor kasar yang lambat.

2. Tona dan kekuatan otot yang tidak normal

Tiga contoh keadaan otot yang tidak normal ialah:

Hypertonia : tona otot yang terlampau tinggi menyebabkan otot kaku untuk mereka menyeimbangkan badan.

Distrofi otot (muscular dystrophy) : satu penyakit yang diwarisi dan akan menjadi semakin teruk. Selalunya pada bayi lelaki, awalnya kelihatan normal namun, simptom akan muncul pada umur 4 dan 6 tahun.

Hypotonia : tona otot terlalu lemah menyebabkan mereka tidak seimbang untuk melawan graviti dan berjalan.

3. Faktor luar

Faktor luar seperti kekurangan zat makanan dan jangkitan juga boleh menjadi punca mengapa seseorang anak itu lambat berjalan.

4. Penggunaan alat seperti ‘bouncer’ dan ‘walker’

Pendapat sesetengah pakar, penggunaan kedua alat seperti ini akan menyebabkan otot bayi kurang bersenam.

Lalu menyebabkan otot lemah dan mereka memerlukan lebih masa untuk menguatkan otot untuk berjalan.

5. Sifat semulajadi

Sesetengah anak kecil memang mengambil masa lebih lama berbanding rakan sebaya mereka untuk berjalan.

Kerana mereka lebih selesa merangkak untuk bergerak. Mereka akan mula berjalan apabila mereka sudah bersedia.

Sesetengah dari punca mengapa seseorang anak itu lambat berjalan mungkin kedengaran serius.

Namun sebelum membuat kesimpulan sendiri, dapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu.

Inilah kepentingan pemeriksaan berkala bayi, di mana jika terdapat sesuatu yang tidak normal, anda boleh merujuk kepada yang lebih pakar di peringkat awal.

Sumber: babycenter, patient, my.theasianparent