Rasa sedih kalau bayi atau anak kecil anda mengalami masalah sembelit. Kasihan melihat si comel cuba meneran untuk mengeluarkan najisnya sambil menangis menahan kesakitan. Tak sanggup ibu melihatnya!

Masalah si kecil mengalami sembelit biasanya kerana kurang mengambil makanan yang berserat. Apa kata cuba beri si manja anda yang berusia enam hingga sembilan bulan menu ini ketika dia sedang sembelit. Mudah disediakan dan selamat dimakan.

Bahan-bahannya:

50 gram daun bayam, cincang halus

500 ml  air

50 gram avokado, lenyek halus

1 sudu besar margerin

 

Cara menyediakannya:

1. Rebus bayam hingga layu.

2. Masukkan margerin, masak sekejap dan angkat.

3. Masukan avocado dan kacau rata.

4. Sedia untuk dimakan.

Cubalah, mana tahu ia berkesan dengan anak anda. Boleh kongsikan dengan ibu-ibu lain.