Baguslah kalau anda ada cita-cita hendak menyusukan anak dengan susu ibu tapi kena ingat penyusuan susu ibu bukannya berlaku secara semula jadi tanpa sebarang usaha dan ilmu. Sebaiknya bila saja disahkan hamil, eloklah pasang niat dan doa banyak-banyak supaya Allah permudahkan usaha kita untuk menyusukan bayi.

Perkongsian petua mudah daripada facebook Info Ibu Hamil ini mungkin tak terfikir dek akal kita. Tapi ia sebenarnya antara petua penting yang mesti dibuat oleh para ibu hamil. Semoga memberi manfaat kepada semua ibu-ibu yang berazam untuk memberi bayi susu ibu secara eksklusif.

10 PETUA BG BANYAK SUSU..

1 waktu mengandung kerapkan tarik puting breast supaya puting tu keluar..

2 bila dah trimister 3 tu bila mandi urut2 breast dan cuci keliling puting..guna air paip je..

3 DAN YG PALING PENTING NIATKAN DALAM HATI NAK SUSUKAN ANAK.. SAY NO TU SUSU LEMBU...

4 waktu dah dekat nak bersalin pinjam baby sape2 letak kat breast kejap.. Bau baby boleh merangsang susu ibu..

5 bila dah bersalin letak baby kat dada tu lama cikit.. Lg elok letak je mulut die kat breast..(anak saya lepas je doktor potong tali pusat terus letak baby kat ..dan terus dia hisap...)

6 hari pertama dan kedua tu jgn la mommy risau kalau susu x nak keluar.. Biasanya susu bdn nie keluar ikut keperluan baby.. Perut baby kecik lg jd 3titik pun baby dah kenyang..tp cepat la lapar blek.. Jd kena kerap susukan..

7 kalau baby asyik nangis x semestinya baby lapar. Kadang2 dieorg x selesa sbb berubah alam,kembung perut atau pempers x selesa..

8 kalau baby kerap menyusu tu elok.. Lg elok setiap 1jam bg baby susu.. Mommy kena la berkorban..apabila mkn besar mkn lama la jarak baby menyusu..breast jugak tmpt paling tenang bg baby lepas keluar dr perut..

9 jaga strees dan rehat secukupnya..

10 jaga mkn.. Biarpun berpantang mkn la makanan yg berkhasiat.. Jgn plak sebln asyik mkn ikan bilis dan nasi je. Mane ade khasiat.. Bynk lg makanan berpantang yg sedap2 dan berkhasiat.. Minum holick atau tamar coco..

Sumber: Info Ibu Hamil