"Boleh ke saya makan ubat batuk time nyusu baby, doktor?" tanya Mia ketika berjumpa doktor di klinik kerana batuk yang tak berkesudahan.

Tentu soalan yang sama banyak diajukan oleh ibu-ibu menyusu pada doktor tatkala diserang batuk dan selesema. Bimbang pula anak akan mendapat kesan daripada ubat yang diambil oleh ibu melalui air susu.

Jika anda adalah ibu menyusu, sebaiknya baca maklumat penting tentang penggunaan ubat ketika menyusukan bayi oleh Pegawai Farmasi, Dziehan Mustapa. Semoga bermanfaat!

SOALAN DARIPADA IBU MENYUSU

"En Dziehan, adakah ubat-ubat batuk dan selsema selamat untuk diambil semasa penyusuan?"

Soalan yang relevant dan pasti ramai yang ingin tahu kerana batuk dan selesema adalah masalah kesihatan biasa dialami termasuk para ibu yang menyusukan bayi mereka.

****************

Jawapan:

Ubat batuk dan selsema boleh digunakan semasa penyusuan tetapi perlu ambil perhatian terhadap jenis ubat yang diambil serta kesan pada ibu dan anak yang menyusu.

Antara ubat yang digunakan untuk selesema adalah anti-histamin. Ubat jenis ini boleh menyebabkan kesan mengantuk kepada orang dewasa. Jika orang dewasa pun boleh mengantuk, apatah lagi bayi yang menyusu.

Oleh itu, ubat anti-histamin jenis tidak sedatif merupakan pilihan yang lebih baik. Contohnya seperti Loratadine (Clarityn), Cetrizine (Zyrtec) dan fexofenadine (Telfast).

Anti-histamin jenis ini merupakan anti-histamin yang lebih baru di mana kadar resapan ke dalam susu badan adalah sedikit dan tidak menyebabkan kesan sedatif kepada ibu dan bayi.

Manakala ubat anti-histamin yang sedatif seperti Chlorpheniramine (Piriton) masih boleh digunakan untuk jangka masa pendek, tetapi masih perlu memantau rapi.

Penggunaan ubat anti-histamin yang sedatif ini tidak sesuai digunakan jangka masa panjang kerana boleh menyebabkan bayi sentiasa tidur, tidak mengambil susu secukupnya dan seterusnya boleh menggangu tumbesaran.

Selain daripada itu didapati juga Chlorpheniramine boleh menyebabkan penurunan penghasilan susu ibu.

Ubat yang mengandungi opioid seperti dextromorphan, codeine tidak sesuai diambil ibu menyusu. Pengambilan berterusan boleh menyebabkan kesan sampingan serius terhadap anak seperti penurunan degupan jantung, cyanosis dan gangguan pernafasan dan tidur berlebihan.

****************

Apa-apa pun, sentiasa amalkan berbincang dengan doktor dan ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutama .  

Secara keseluruhannya, bukan semua ubat batuk dan selsema dikelaskan sebagai tidak sesuai diambil semasa panyusuan.

Pilihan yang lebih baik untuk ibu menyusu adalah ubat anti-histamin yang tidak sedatif (jika ubat oral), ataupun alternative lain jenis penggunaan local seperti Spray hidung dan ubat titik mata atau penyedutan wap dengan menthol untuk melegakan symptom selsema dan batuk serta kegatalan/alergi.

Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian bebas tol 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi - 5.00 petang) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ubat-ubatan.

Pegawai Farmasi Anda

Mohd Dziehan Mustapa

Medical Mythbusters Malaysia (M3)

-: Artikel ini sempena minggu penyusuan ibu :-

#MedicationAndBreastfeeding

Kredit : Dziehan Mustapa.