Menyusukan bayi bukan sekadar ikut-ikut atau berlaku dengan sendirinya tetapi ia mesti berbekalkan ilmu dan pengetahuan. Bila nak bergelar ibu dan ayah, kedua-duanya wajib cari ilmu tentang penyusuan susu ibu.

Jangan tunggu bayi sudah lahir baru nak ambil tahu tentang bab penyusuan kerana bukan setiap ibu yang melahirkan anak automatik akan ada susu dan bayi yang baru lahir automatik pandai menyusu.

Kalau ada bakal ibu yang sudah melengkapkan diri dengan ilmu dan teori tentang penyusuan susu ibu masa mengandung, wajib juga ambil tahu masalah yang mungkin akan berlaku dan bagaimana cara penyelesaiannya. Ini kerana biasanya teori tidak akan sama seperti realiti. Justeru, mental dan fizikal bakal ibu dan ayah perlu kuat!

Perkongsian info penting tentang kesalahan yang boleh menyebabkan proses penyusuan susu ibu tidak berjaya banyak dilakukan oleh ibu bapa. Konsultan Susu Ibu Lunatots, Puan Suraya Ali berkongsi hal tersebut.

10 kesalahan ibubapa yang menyebabkan tak dapat breastfeed baby.

Kesalahan ibubapa ini boleh menyebabkan baby tak dapat minum susu ibu secara penuh.

1. Tak menuntut ilmu penyusuan dari mengandung.

Ingatkan nanti bila baby lahir baru fikir.

Tapi bila baby dah lahir dan menangis, kita pun menangis sekali. Terus pi beli susu tepung tak jadi menyusu penuh.

2. Tengok kat TV baby minum susu botol. Lagi lagi bila tengok anak artis minum susu apa. Dah survey kat FB Group susu tepung apa yang elok.

Terpengaruh dengan iklan susu tepung.

3. Salah bila ibubapa fikir susu ibu ni memang lah terbaik. Tapi susu tepung pun apa kurangnya kan.

Sebenarnya susu ibu beri khasiat yang optimum.

Susu tepung beri separuh. Atau sesuku dari apa yang baby perlukan. Atau tak tahu lah perberapa dari khasiat susu ibu.

4. Salah bila beri baby minum susu soya. Asalnya tak mahu beri baby minum susu lembu.

Semua mamalia susukan anaknya.

Tapi mamalia manusia minum soya emmm...macam tak kena.

5. Ibubapa tak berjumpa kaunselor susu ibu masa ada masalah susu ibu.

Baby pun dah lahir, susah nak travel dalam pantang.

Tapi kalau betul betul nak susukan baby, inshaAllah ibu ini akan cari juga ilmu.

6. Ibubapa cepat beri anak susu tepung bila doktor beri cadangan. Pantanglah kalau doktor cakap, terus tukar susu.

Boleh dapatkan pandangan kedua.

Dapatkan ilmu.

Jumpa doktor yang juga seorang konsultan susu ibu.

7. Malu nak susukan baby masa Di hospital. Nak minta anak kat nursery yang lepas baru lahir pun maluuuuuuu.

Itu sebab tak tahu kepentingan penyusuan selepas melahirkan.

8. Tak mahu menyusu nanti breast jatuh.

Breast jatuh sebab postur dan saiz serta support.

9. Malu nak menyusu di public sebab kena buka buka baju.

Ibu boleh atasi masalah tu dengan cara dapatkan baju yang ada bukaan tepi. Tudung labuh sikit atau kain tutup pun membantu.

10. Baby asyik nangis, ibu rasa tak cukup susu.

Nangis lah satu satunya cara baby berkomunikasi dengan kita.

Tak semestinya dia lapar.

Teruskanlah menyusu dan jangan beri susu tepung.

Jadi ibu bapa pun kena ada ilmu dan berguru

Sumber: Facebook Suraya Ali