"Abang, macam mana ni susu badan Min makin kuranglah. Nanti stok susu untuk Ayrin tak cukup," ngadu Yasmin pada suaminya.

"Eh, aritu abang ada terbaca orang share kt fb, makan oat boleh banyakkan susu ibu. Hah, sayang trylah!"

Memang benar, oat antara makanan sihat yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Berdasarkan fakta, sebarang manisan yang mengandungi oat diklasifikasikan sebagai galactagogue, atau sejenis makanan yang meningkatkan pengeluaran susu.

Apabila ibu menyusu mengambil galactagogue semula jadi dalam kuantiti yang tinggi ia dikatakan mampu untuk memberik manfaat kepada penghasilan susu ibu dan berpotensi untuk meningkatkannya.

Walaupun oat dilihat sebagai salah satu pilihan paling berkesan kerana ia secara positif memberi impak kepada hormon pembuatan susu, tetapi lain-lain sumber galactagogues termasuk alfalfa, bawang putih dan jintan hitam.

Jika anda sedang mencari makanan yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu, tak salah cuba masukkan oat dalam sebarang resipi manisan anda termasuklah biskut. Di pasaran memang ada banyak pengusaha yang jual biskut oat khas untuk ibu menyusu menambah susu badan tapi untuk lebih menjimatkan kos apa kata anda buat sendiri.

Bahan-bahan

1/4 cawan madu

2 sudu besar minyak kelapa

2 sudu kecil ekstrak vanila

1 biji telur

1 cawan tepung badam

1 cawan oats (gluten free)

1/4 cawan ground flax seed

1/2 sudu kecil baking soda

2/3 cawan coklat cip

Cara membuat

1. Panaskan oven bersuhu 170 darjah celcius.

2. Masukkan bahan basah (madu, minyak kelapa, vanila, telur) dalam mangkuk pengadun. Kacau pada putaran perlahan selama 1-2 minit atau sehingga bahan sebati.

3. Masukkan tepung badam, oat, flax seed dan baking soda.

4. Kemudian masukkan coklat cip.

5. Buat bentuk biskut dan letak di dalam dulang pembakar yang sudah dialas parchment paper.

6. Bakar lebih kurang 8-10 minit atau sehingga biskut berwarna keemasan. Tekstur biskut masih lagi lembut.

7. Simpan dalam balang kedap udara dan boleh makan bila-bila masa.

Sumber: nutritiontofit.com