Ibu menyusu pasti pernah mengalami pengalaman bengkak susu. Lazimnya hal ini biasa berlaku selepas beberapa hari kelahiran bayi. Tidak kurang juga, ia boleh berlaku sepanjang tempoh penyusuan terutamanya jika anda melangkaui tempoh yang sepatutnya anda memerah susu semasa berada di tempat kerja.

Apabila masalah bengkak susu berlaku, ia boleh menimbulkan ketidakselesaan di bahagian payudara apabila ia menjadi keras dan sakit semasa disentuh. Dalam sesetengah kes, ada ibu yang mengalami demam.

Jom cuba petua mudah untuk hilangkan bengkak susu. Cara-caranya :

1. 6 – 8 biji ubi kentang dihiris secara membulat.

2. Rendam hirisan ubi kentang di dalam bekas berisi air biasa selama 15 - 20 minit.

3. Letak hirisan ubi kentang pada payudara dalam tempoh masa 15 – 20 minit.

4. Tukar dengan hirisan ubi kentang baru untuk 15 - 20 minit.

5. Selepas 1 jam (3 kali tukar), rehat sebentar selama lebih kurang 30 minit.

6. Ulangi langkah yang sama sehingga bengkak beransur pulih.

 

Kredit: FB: Azliza Talib