Apabila bayi sudah genap berusia enam bulan, ia bermaksud masa untuk memperkenalkannya dengan makanan pejal sudah tiba. Sebaiknya masak sendiri makanan untuk si manja. Elakkan daripada memberinya makanan segera bayi. Anda akan melihat kesan positifnya pada perkembangan kesihatan anak.

 

Menyediakan makanan untuk bayi tidak sama seperti memasak masakan orang dewasa. Sebenarnya ia lebih mudah dan tidak renyah. Tak payah menumis, menggoreng menggunakan segala jenis rempah ratus! Cukup sekadar merebus dan mengukus serta mengisarnya sehingga halus. Perlu diingat juga yang anda dilarang menambah sebarang gula, garam atau serbuk perasa ke dalam makanan si manja.

 

Jangan risau bayi anda akan merasa tawar tanpa perisa pada makanannya kerana fokus utama pengenalan makanan adalah untuk memperkenalkan tekstur dan rasa asli makanan tersebut. Tetapi anda sebenarnya boleh menambahkan bawang putih dalam masakan untuk si manja dan ternyata ia membuatkan makanan pejal anak lebih enak dan berperisa.

 

Bawang putih dipercayai memiliki kelebihan kesihatan kepada orang dewasa. Namun ternyata, ia juga memiliki manfaat untuk bayi dan kanak-kanak dan khasiatnya memang menakjubkan! Jom semak apa kelebihan bawang putih kepada si manja anda.

 

1. Aroma bawang putih yang harum mampu meningkatkan nafsu makan dan membuat selera makan bayi menjadi lebih baik.

 

2. Kandungan dari tanaman ini juga baik untuk kesihatan si kecil. Contohnya jika anak anda mengalami selesema, tambahkan lebih kuantiti bawang putih dalam masakan dan dia akan cepat sembuh.

 

3. Bawang putih kaya dengan sumber Vitamin C, B6, dan B1 serta mengandungi mangan, selenium, zat besi, dan potassium yang sangat diperlukan oleh tubuh.

 

4. Mengandungi senyawa Allicin yang berfungsi sebagai anti virus dan anti bakteria sehingga bermanfaat untuk kekebalan tubuh. Allicin juga memiliki kelebihan untuk mengurangkan gejala asma.

 

5. Mampu menurunkan kadar kolesterol jahat, tekanan darah, dan mengurangkan risiko penyakit strok dan jantung di masa depan.

 

Cara yang betul menambahkan bawang putih dalam makanan anak sehingga mereka mendapat kelebihannya

 

* Berikan bawang putih dalam bentuk yang segar dan bukan dimasukkan dalam bubur atau pasta.

 

* Hiris atau cincang halus bawang putih untuk ditambah dalam masakan supaya anak tidak tercekik.

 

* Jangan menggoreng bawang hingga garing kerana ia akan menghilangkan khasiatnya.