Anak anda belajar sejak daripada usia bayi lagi. Jika mahukan anak mempunyai tabiat pemakanan yang baik, anda hendaklah mulakan ia sejak dari awal pengenalan kepada makanan pejal pertamanya.

Biasakan si kecil dengan rutin dan disiplin pemakanan sihat agar dia membesar sebagai anakyang mempunyai tabiat pemakanan sihat. Berikut adalah beberapa peraturan yang boleh diguna pakai sebagai panduan.

1. Mempelbagaikan pemberian makanan kepada anak supaya dia menjadi anak yang tidak cerewet makan.

2. Biasakan menu hidangan anak anda lengkap dengan karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut piramid makanan.

3. Elakkan memberi anak makanan ditambah gula, garam, berlemak, pedas dan berempah.

4. Jangan paksa anak menghabiskan makanannya. Dia mungkin sudah terlalu kenyang atau tidak suka dengan makanan itu. Ia hanya akan membuatkan si kecil trauma untuk makan dan sukar mencuba makanan lain.

5. Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau ganjaran jika dia berjaya melakukan sesuatu pencapaian.

Selamat mencuba ibu semua!