Urutan bayi memberikan impak positif kepada tumbesaran dan psikologi si kecil. Urutan membuatkan mereka rasa selamat dan merapatkan jurang antara anda dan si manja. Sejak dulu,urutan bayi dipercayai memiliki banyak manfaat. Lebih-lebih lagi kepada bayi lahir pramatang atau si manja yang lahir menerusi pembedahan Caesaraen. Mereka yang lahir dari dua keadaan ini yang mengalami kejutan ketika proses kelahirannya dan urutan memberikan ketenangan kepadanya.

Urutan bayi memberi sentuhan yang menenangkan, serta mengingatkan bayi akan rasa selesanya berada dalam kandungan mama. Ia boleh diteruskan sehingga si manja membesar. Manfaat lain yang di peroleh si manja menerusi urutan bayi ialah:

1. Menguatkan antibodi dan membantunya jarang sakit.

2. Si manja akan tidur lebih nyenyak.

3. Corak pemakanannya menjadi lebih baik.

4. Pencernaannya akan lebih lancar.

5. Sebagai satu cara merapatkan hubungan (bonding) antara si kecil dan mama atau papa.

6. Urutan buat adik rasa selesa.

7. Melancarkan peredaran darah serta memperbaiki kesihatan kulit bayi.

8. Bayi yang sering diurut akan jarang mengalami kolik, sembelit, dan cirit birit.

9. Membuat otot-otot bayi lebih kuat dan koordinasi tubuhnya lebih baik.

10.Sistem kekebalan tubuh bayi akan lebih kuat membuatnya lebih tahan terhadap infeksi dan masalah -masalah kesihatan lain.

11.Si kecil yang sering diurut menjadi lebih riang dan kurang turun naik emosi dan tantrum. Secara umumnya emosional dan psikologinya lebih stabil.

12.Urutan merangsang penghasilan hormon serotonin yang menjadikan dia lebih tenang.

13.Bagi si manja pramatang, urutan bayi akan dapat membantu menaikkan berat badannya.

14.Menurunkan paras stress hormon di dalam badannya.

15.Waktu yang sesuai untuk urutan ialah selepas menukar lampin dan sebelum waktu mandi.