Walaupun anak lelaki ada juga sifat seperti anak perempuan iaitu boleh jadi seorang yang pemalu, murah senyuman, sukar diuruskan, lasak atau cerewet tetapi menurut kajiann yang dilakukan oleh ahli psikologi di University of Cambridge, ada karektor khas yang hanya ada pada anak lelaki. Ia tidak akan ada pada anak perempuan.

1. Minat pada objek yang bergerak

Anak lelaki lebih gemar pada objek yang boleh bergerak ke sana sini berbanding melihat pergerakan manusia. Bayi usia setahun lebih tertarik pada pergerakan wiper cermin kereta berbanding melihat seseorang bercakap. Mereka boleh menjadi sangat fokus pada objek yang bergerak. Kajian juga mendapati, bayi lelaki berusia dua bulan lebih cepat menyelesaikan persoalan mengapa objek boleh bergerak berbanding bayi perempuan.

2. Suka bergerak

Walaupun lambat menguasai kemahiran berjalan tetapi bila sudah mahir, anak lelaki lebih pantas bergerak serta menguasai banyak kemahiran motorik penting. Jadi, tak hairanlah jika kanak-kanak lelaki lebih banyak yang mengalami kecederaan dan luka akibat terjatuh atau kemalangan semasa bermain.

3. Lebih suka dalam kumpulan orang ramai

Anak lelaki lebih suka berada dalam satu kumpulan orang ramai berbanding tinggal sendirian. Sekiranya diberi pilihan, bayi lelaki yang baru lahir akan pilih melihat mainan gantung yang bergerak berbanding muka seseorang.

4. Lebih berani

Mungkin ia karektor semula jadi seorang lelaki. Biasanya kanak-kanak lelaki jarang menunjukkan rasa takut berbanding kanak-kanak perempuan. Menurut tinjauan, ibu bapa kepada anak lelaki berusia 3-12 bulan jarang memberitahu yang anaknya akan terkejut bila mendengar suara yang  kuat. Ini sangat berbeza dengan ibu bapa kepada anak perempuan usia yang sama.

5. Lebih emosional

Fakta membuktikan anak lelaki lebih mudah gelisah berbanding anak perempuan dan mereka sukar untuk menenangkan diri. Menurut kajian, apabila anak lelaki berusia 6 bulan nampak lebih tenang ketika mengalami kekecewaan, sebenarnya jika diukur degup jantung dan pernafasannya, ternyata dia lebih tertekan daripada anak perempuan

Semoga lepas ini papa dan mama lebih memahami karektor anak mengikut jantina mereka. Mungkin pendekatan mendidik anak lelaki dan anak perempuan perlu ada sedikit perbezaannya.