Bayi asyik menangis sahaja? Jangan risau kerana ia perkara normal kerana itu sebahagian daripada proses pembelajarannya serta cara si kecil berkomunikasi. Apa lagi yang boleh dilakukan oleh bayi untuk menarik perhatian ibu dan ayah kecuali melalui tangisan.

Namun, dalam pada tidak perlu risau, ada juga bayi yang memerlukan perhatian tinggi daripada ibu bapa semasa menangis. Mari kenali beberapa petanda bayi yang memerlukan perhatian supaya ia dapat membantu anda mengendalikan tangisan bayi dengan sempurna.

1. Tegang

Si manja menangis sekuat hati, ketawa dan memprotes jika keperluannya tidak dipenuhi. Contohnya, mengamuk hanya kerana lambat diberi susu.

2. Hiperaktif

Bayi yang tidak boleh duduk diam. Sebagai contoh, suka melepaskan diri bila dibalut atau dibedung mahupun tidak senang duduk ketika disusukan.

3. Kehabisan tenaga (draining)

Mahu didukung, disusukan serta ditenteramkan secara terus menerus hingga sering kali membuat anda hilang ketenangan dan kepenatan menguruskan si manja.

4. Kerap menyusu

Selalu inginkan susu ibu kerana sentuhan ibu memberikan ketenteraman  pada dirinya berbanding tujuan mengenyangkan.

5. Menuntut (demanding)

Mahu kehendaknya diperoleh dengan segera, tidak suka menunggu dan tidak menerima alternatif.

6. Kerap terjaga

Tidak dapat tidur lena dan mudah terjaga dengan persekitaran yang bising.

7. Tidak berpuas hati

Sukar memuaskan hati si manja dalam sesuatu masa.

8. Tiada jangkaan

Pertukaran mood yang ekstrem secara tiba-tiba.

9. Sangat sensitif

Sangat mudah terganggu dengan rangsangan dari sekeliling. Si manja lebih menyukai zon selesa berbanding persekitaran baru.

10. Tidak boleh diletakkan

Mahukan sentuhan kulit ke kulit pada setiap masa daripada ibu semasa disusukan, tidur bersama, mahukan pergerakan yang berterusan seperti didodoikan dan diayun.

11. Tidak pandai menenteramkan diri sendiri

Memerlukan bantuan ibu bapa untuk berasa tenteram berbanding alatan seperti puting, buaian atau mainan.

12. Sensitif terhadap pemisahan

Tidak bersedia menerima perubahan penjaga sedia ada dan sukar menerima orang asing.

Jadi, ibu bapa perlu ada ilmu yang cukup untuk memastikan faham dengan maksud tangisan si manja agar ia tidak terus berpanjangan dan mengganggu keselesaannya.