Salah satu maklumat yang anda ingin tahu sejurus sahaja bayi dilahirkan adalah berat bayi anda. Jangan bimbang tentang pekara itu. Ukuran berat  hanyalah peringkat perkembangan bayi, bukannya merujuk semata-mata berapa berat bayi itu sahaja. Setiap perkembangan bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul.

Berikut 8 info tentang berat bayi yang ibu bapa mesti ambil peduli.

1.Berat ideal

Bayi dilahirkan dengan ukuran dan ciri yang berbeza. Secara umumnya berat badan bayi yang baru dilahirkan berbeza antara 2.5 hingga 4.5 kg. Ukuran berat bayi boleh ditentukan berdasarkan faktor genetik, kesihatan ibu dan pemakanan ibu selama kehamilan.

Selalunya berat bayi bergantung kepada berat lahir. Menjelang bulan ke empat, kebanyakkan bayi akan mencapai berat badan 2 kali ganda berat badan ketika dilahirkan

Makanan amat penting untuk pertumbuhan bayi. Bagi enam bulan pertama bayi amat bergantung kepada susu ibu. Ketika ini berat bayi akan meningkat. Namun bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, cirit birit berterusan, muntah akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.

2.Ibu besar bermakna bayi juga besar

Tidak benar jika dikatakan ibu itu besar, bayinya juga besar atau ibunya kecil  anaknya sepertinya juga. Namun, jika berlaku, ia disebabkan oleh faktor genetik dan bayi yang dilahirkan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Namun jika  berlaku ia disebabkan oleh masalah kesihatan seperti rahim, uri, pemakanan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu. Misalnya jika kencing manis tidak dikawal semasa hamil, ia akan mengakibatkan bayi bersaiz besar yang mengakibatkan  badannya mengalami masalah kurang gula. Serta bayi yang dilahirkan mungkin tidak aktif dan mudah mendapat sawan.

3.Berat bayi menurun

Apabila anda menyedari bahawa berat bayi anda menurun, jangan panik! Ia pekara biasa kerana selepas bayi lahir. Biasanya selepas 10 hingga 14 hari berat bayi akan menurun antara 10% hingga 20%. Sebelum lahir, bayi mendapat makanan melalui placenta secara tetap, tetapi selepas dilahirkan bayi mendapat sumber makanan melalui penyusuan susu ibunya.

Namun, selepas dua minggu berat bayi akan bertambah disebabkan oleh penyusuan susu ibu. Tetapi jika berat bayi masih berkurangan iaitu tidak mengikut carta kesihatan yang betul, ia mungkin disebabkan kesihatan bayi dan tidak mendapat cukup susu ibu. Olehkan itu, ibu perlu mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu yang betul.  

4.Bila berat bermula

Bayi akan ditimbang selepas dilahirkan dan seterusnya setiap bulan walaupun ketika anda masih berpantang. Malah ia diteruskan semasa anda mendapatkan suntikan imunsasi anak di klinik. Maklumat pertumbesaran bayi akan dicatatkan dalam rekod kesihatan bermula setelah bayi dilahirkan.

5.Adakah bayi saya akan kekal besar

Jika bayi anda dilahirkan bersaiz besar, ia tidak perlu dirisaukan asalkan beratnya dalam lingkungan  kesihatan. Jika berlaku peningkatan yang tinggi sehingga keluar daripada had paras yang sepatutnya, doktor atau jururawat akan bertanya mengenai jumlah penyusuan bayi, berapa kali bayi kencing dan berapa lama dia tidur.

6.Bagaimana jika bayi kurang berat badan

Ia tidak menjadi masalah asalkan berat bayi masih lingkungan carta kesihatan. Tetapi jika berat bayi telah turun keparas yang rendah pihak doktor akan membuat pemeriksaan lanjut.

Mankala bayi pra matang selalunya dilahirkan kurang berat badan tidak boleh dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matanag mempunyai carta sendiri. Selalunya mereka ini mempunyai jadual penyusuan untuk merujuk beratnya berbanding permintaan penyusuan bayi. Ini kerana bayi pra matang ini kerap tidur dan tidak akan bangun untuk menyusu. Oleh itu, bayi pra matang diberi susu khas untuk meningkatkan berat badanya.

7.Adakah kembar mempunyai berat yang sama

Kembar selalunya dilahirkan mempunyai berat yang bebeza dan pemakanan yang berbeza.  Jadi setiap meraka mempunyai carta dan perkembangan diri sendiri.

8.Memantau perkembangan berat badan bayi

Biasanya, perkembangan bayi akan tercatat dalam carta kesihatan pertumbuhan.  Melalui carta inilah dapat dijadikan panduan untuk mengetahui bahawa bayi mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak.

Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin perkembangan kesihatan bayi untuk mengetahui perubahan-perubahan yang terjadi setiap bulan. Carta ini akan dapat membantu jika timbul sebarang masalah kesihatan kepada anak anda.

Melalui carta kesihatan bayi akan menunjukkan berat badan idea pada setiap bulan dan pertumbuhan tinggi dan ukuran lilitan kepalannya.

Menurut carta perkembangan kesihatan, berat badan bayi yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya.