Bila sudah bergelar ibu bapa, menjadi tanggungjawab anda untuk mula merangsang minda bayi supaya sel-sel otaknya berhubung dengan baik.

Pendidikan awal si kecil patut bermula sejak dia lahir ke dunia lagi. Namun bukanlah maksudnya ibu ayah kena terus ajar anak kenal huruf A,B,C atau angka 1,2,3 tetapi rangsangan mudah termasuk memberikan senyuman, mengagah si kecil, membuat mimik muka dan sebagainya perlu dilakukan kerana si kecil belajar dari pemerhatian.

Untuk mengetahui mengapa perlunya membuat rangsangan tersebut, lebih baik baca tulisan Encik Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal kanak-Kanak di Kolej Islam Antarabangsa yang dikongsikan dalam laman facebook beliau.

MIRROR NEURONS DAN KANAK-KANAK

Perasan tak, kalau si ibu jelir lidah untuk cium bayi, bayi itu akan jelir lidah dia balik.

Kalau si ayah buat High 5 kepada si kecil, automatik tangan dia akan bergerak untuk High 5 balik.

Jika dalam taska ada seorang bayi teriak, bayi lain yang berdekatan turut berteriak sama.

Comel kan?

Secara tak sedar, otak si kecil tengah berkembang. Bak kata iklan susu, neuron tengah berhubung dengan baik. Tapi, tahu tak ada spesifik neuron yang bertugas untuk fungsi itu iaitu Mirror Neurons. Dari sekecil-kecil bayi sehinggalah masuk ke tadika, mereka belajar dan mendapatkan informasi melalui melihat dan memerhati sekeliling (observation). Bahkan hingga ke dewasa.

Dan nama pun mirror. Ciri asas sebuah cermin ialah pantulan/reflection. Jadi Mirror Neurons ini penting untuk memahami pergerakan dan action orang sekeliling serta belajar skill yang baru dengan segala apa yang diperhati oleh deria, akan terus naik ke otak dan disimpan sebagai memori. Ini semua kerja Mirror Neurons. Bila sebut action, ia bukan sekadar perkembangan fizikal semata-mata, tapi ia bersifat menyeluruh termasuklah emosi, sosial dan Bahasa serta, kognitif.

Sampai dewasa tau. Contohnya,

-Kalau ada orang selisih dengan kita sambil tersenyum, kita akan turut tersenyum.

-Kalau ada orang menangis time kem motivasi sambil pejam mata, kadang-kadang kita turut menangis bukan sebab kena muhasabah, tapi menangis sebab orang lain menangis. Haha

-Kalau sekeliling kita ada positive vibes, kita pun akan terkesan positive juga, dan sebaliknya.

-Ini paling best, kalau orang sebelah meja menguap time kerja, kita pun akan turut sama menguap. Sebab itu co-pilot tidak boleh mengantuk jika duduk sebelah pemandu.

Berjangkit namanya. Tapi ini semua angkara Mirror Neurons.

Berbalik kepada perkembangan kanak-kanak, Mirror Neurons ini juga boleh dysfunction (tidak berfungsi) dan gagal/lambat dan menjadikan anak-anak berkembang. Contohnya, boleh jadi anak tak memahami non-verbal action seperti gestures, ekspresi muka dan sebagainya. Bila peringkat asas ini masih sukar nak faham, ia memberi kesan kepada perkembangan lain seperti lambat cakap, interaksi tiada, tiada emosi/response dan sebagainya.

Maka, boleh ke ia dibantu? Ya, boleh.

Rangsangan ikut umur

* Untuk umur bayi, seawal 2 bulan, face-to-face emotional connection sangat penting untuk dapatkan attention bayi. Meletakkan bayi dalam keadaan meniarap, berhadapan dengan ibu dan ayahnya sangat penting untuk menguatkan otot leher, belakang dan bahu, di mana tujuannya adalah supaya bayi mampu mengangkat kepala dan memandang ke atas (ibu bapa) dalam keadaan meniarap, serta attachment antara anak dan ibu bapa. Bila attachment dah ada, lagi mudah kanak-kanak belajar dan ‘meniru’ pergerakan dewasa.

* Selain itu, mengurut bayi juga penting dengan urutan yang betul seperti side to side, circular motion, atas ke bawah kerana ia memberi input vestibular untuk meransang aktiviti neurons. Jadi, bila neurons ini banyak aktif dan salah satunya ialah Mirror Neurons, maka kanak-kanak akan aware dengan persekitaran, dan seterusnya mereka akan terus meneroka dan belajar.

* Sekitar satu tahun, bayi dah start untuk synchronize action. Sebab itu, lagu kanak-kanak akan disusuli dengan gaya. Macam Itsy Bitsy Spider, Twinkle Twinkle. Bila dewasa membuat gaya sambil menyanyi, bayi akan melihat dan membuat koordinasi aksi yang sama supaya mereka mahu berkongsi excitement dan kegembiraan yang sama.

* Perasan tak kalau baca story telling, kebanyakkan story teller akan melebih-lebih (exaggerate) gaya, intonasi, gesture dan mimik muka. Ibu bapa pun harus buat begitu ketika membacakan cerita kepada kanak-kanak. Ia akan meningkatkan excitement dan anak lebih engage dan dekat dengan cerita. Mereka cuba untuk samakan emosi mereka dengan ibu bapa supaya matching antara mereka.

* Untuk peringkat toddlers (2-4 tahun), game peek-A-Boo antara game yang sangat menarik. Main chak-chak. Ia membantu untuk promote perkongsian emosi dan interaksi sosial – mewujudkan sifat empati. Mirror Neurons akan stimulate dan membantu untuk eye contact dan facial referencing. TAPI, selalunya dengan orang yang mereka kenal. Sebab itu peringkat awal, attachment di antara ibu bapa dan bayi sangat penting kanak-kanak lebih mudah membaca emosi dan reaksi orang yang mereka kenal.

* Bila dah masuk tadika, mirror neurons ini akan lebih berfungsi dalam keadaan seperti bila cikgu suruh mereka beratur, semua akan beratur sebab tengok kawan beratur. Semua angkat tangan, bila seorang angkat tangan.

Kesimpulannya, tugas ibu bapa dan guru penting untuk menyediakan aktiviti dan meransang mirror neurons si kecil dari kecil lagi. Bila kita bertindak proaktif, preventif dalam membesarkan anak-anak, mereka akan dapat membesar dengan baik. Jadi, masalah-masalah disfunction untuk perkembangan kanak-kanak boleh dielakkan, dikurangkan dan dalam keadaan tertentu boleh dibuang jauh-jauh.

Cuma kita kena buat part kita lah.

Sumber: Facebook Hazhari Ismail