Siapa tak gembira dikurniakan bayi yang comel. Tak kisahlah ini anak pertama atau anak kelima. Tahu tak ibu ayah, sebenarnya bayi dalam pantang pun dah kena bagi rangsangan pada mereka.

Oleh sebab setiap masa anda berdua  nak duduk menghadap bayi saja lebih baik tahu apa tanggungjawab yang patut dilakukan bagi membantu merangsang perkembangannya.

Tahukah anda rangsangan awal sebegini sangat penting untuk bantu perkembangan positif anak. Nak anak bijak kan? Cuba praktiskan apa yang diajar oleh Puan Liyana Raya, Terapis Jurupulih Cara Kerja ini dalam facebook beliau.

Ibu2 dalam pantang macam saya,sila jalankan tanggungjawab berikut terhadap bayi anda:

1. On the first day your baby is born,pastikan anda BERCAKAP dengan bayi. Nak bercakap dengan bayi ni ada tekniknya juga.

👉🏻Pastikan baby anda ALERT dengan suara anda: ALERT kat sini maksudnya,matanya mcm anak saya dlm gambar2 ni. Matanya bulat dan cuba mencari2 suara anda. Ada masanya,baby cuba memberi 'eye contact' walaupun penglihatannya masih kabur. 'Eye contact' dapat dilihat melalui matanya yg 'memberi perhatian' terhadap apa yg anda sedang cuba katakan. Ada sesetengah baby sudah boleh senyum dan respond dengan baik walaupun respond itu hanyalah satu saat sahaja.

👉🏻Apabila bercakap dengan baby,moh la kita buat aktiviti MIDLINE CROSSING. Dalam posting saya sebelum2 ni ada saya sebutkan pasal midline crossing ni. Tapi tahukah anda, MIDLINE CROSSING yg pertama ada pada baby adalah apabila matanya bergerak sebanyak 180 darjah ketika mana anda bercakap dengannya? Ya. Mulakan dari saat baby anda berusia 1 hari. Mulakan bercakap dengannya bermula dari bahagian tengah matanya,kemudian anda cuba gerakkan kepala anda ke kanan atau ke kiri. Pastikan baby ikut pergerakan suara anda yg bermula dari 'garisan tengah' tadi sehingga anda 'membawanya' ke kiri atau ke kanan. Let them 'follow pass through midline--->>180 degrees'. This is what is written on Denver Assessment Checklist---> satu checklist perkembangan yg sering digunakan sebagai screening utk perkembangan bayi dan kanak2. Checklist ni tidak boleh saya simply berikan kpd anda ya. Unless if your are a doctor,clinical psychologist or therapist,ya.. saya boleh bagi. Saya cuma boleh berikan awareness sahaja kpd org awam. Saya tak pasti dlm M chart buku rekod anak yg diberikan oleh Klinik Kesihatan ada tak menyebut perkara ni. Sebab saya dah terbiasa guna Denver,dan ini adalah perkara penting dari sudut pandang saya sbg seorang therapist,jadi inilah yg sering saya tekankan. Dan sepanjang baby membesar,term Midline Crossing ni akan saya gunapakai hatta dlm rawatan saya sekalipun.

2. Urutan bayi WAJIB buat,especially selepas baby mandi. Tak susah pun buat urutan bayi ni... bayi yg masih ada tali pusat pun boleh buat. Dalam majalah Pa&Ma pun ada. Ataupun YouTube search saja : 'baby massage'.

Nanti saya dah sihat sikit saya buat live video ye... simple je ni. Antara rajin dan tidak je...

3. Tummy Time: Aktiviti WAJIB ni ye. Ok,set in your mind one thing--->> tummy time ni adalah meletakkan baby dlm apa jua posisi as long as perutnya (tummy) bersentuh dengan sesuatu permukaan. Ikutlah,nak tummy time atas katil ke,atas dada kita ke,atas peha kita ke (mcm yg saya buat dekat gambar ketiga tu adalah dekat peha saya sendiri ketika saya sedang duduk di atas kerusi)... terpulang. Tapi dlm buaian janganlah buat tummy time. Lemas anak tu nanti. Tummy time tak perlu lama pun. Buat dlm 5 minit sekali je dah cukup. Tapi kalau dapat kerap lagi bagus. Sebab kita nak dapatkan target,by the age of one to two month, baby dah boleh angkat kepalanya setinggi 45 darjah dengan sendirinya.

Ok,setakat ni dulu coretan saya. Next topic,saya akan bincangkan mcm mana kalau ada baby yg tak boleh tolerate nak buat aktiviti ni semua-->> dalam erti kata lain,menangis yg sampai membuatkan kita lelah ataupun baby kelihatan agak pasif. Pasif yg mcm mana? Nanti saya akan bincangkan.

Pendek kata,pemantauan terhadap perkembangan anak anda bermula sejak hari pertama anak itu dilahirkan. Tak perlu nak tunggu sampai usia 2 tahun ke atas baru notice ada masalah,kemudian nak cari solution. Once anak anda lahir,banyak ilmu nak kena godek.

Tolong share post ni @ tag someone moga2 bermanfaaIbu2 dalam pantang macam saya,sila jalankan tanggungjawab berikut terhadap bayi anda:

Sumber: Facebook Liyana Raya

 

https://www.facebook.com/liyana.raya/posts/1220815621397179