Tahukah anda, bahawa bayi mulai tumbuh gigi waktu berumur tiga  hingga enam bulan. Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi antara usia enam atau tujuh bulan. Malah ada yang tumbuh gigi pertama selepas umur setahun.

Biasanya, bayi akan rasa tidak selesa seperti terdapat banyak air liur, rasa ingin mengunyah sesuatu, menangis, tidak mahu makan, dan tidak lena tidur.  Seterusnya berikut antara lain yang mama papa perlu tahu mengenai reaksi bayi bila giginya mulai tumbuh. Dr Halina Haron, Doktor Pergigian di Klinik Pergigian Halina di Bangsar menyediakan panduan buat anda.

1.Gusi terasa gatal, sakit atau bengkak serta merah

2.Pipi si manja menjadi kemerah-merahan, akibat lelehan air liur berlebihan.

3.Terjaga dari tidur pada waktu malam. Tidurnya menjadi tidak nyenyak.

4.Terdapat ruam pada muka dan dagunya

5.Menggigit  permainan  dan jarinya untuk mengurangkan rasa kurang selesa nya

6.Air liurnya meleleh keluar berlebihan dari biasa.

7.Suhu badannya sedikit naik tetapi tidak melebihi daripada 39 Celsius

8.Tidak selera makan dan minum susu.

9.Tangan sering masuk mulut

10.Selalu ingin menggigit untuk mengurangi rasa sakitnya.

Cara atasi ketidakselesaan

1.Berikan teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

2. Atas nasihat doktor anda boleh memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol.

3. Berikan lebih susu atau air jika tidak mahu makan.

4.Cuba memberinya sesuatu yang keras dan sejuk untuk dikunyah, seperti kepingan keju, buah epal atau lobak merah. Tetapi jangan tinggalkan anak seorang diri untuk mengelak tercekik.

5.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

4.Peluk dan tenangkannya.

Tanda gusi si manja sudah kuat.

1.Anak mempunyai gizi seimbang memiliki gigi kukuh dan bersih serta gusi berwarna merah muda berkilat serta memiliki lidah yang bersih dan segar adalah tanda gusi si manja sudah kuat.

2.Jika gusi sering bengkak bererti anda mengalami pertumbuhan gigi yang tidak sihat.  Apabila gusi dan gigi mengalami gangguan kerosakan, ia akan menyebabkan kanak-kanak sukar hendak makan.

3.Gusi adalah sokongan yang menjaga gigi tetap di rahangnya. Gusi rosak apabila terlalu lama terdedah kepada plak atau bakteria dan sisa makanan yang terlekat di rongga mulut.

4.Jika kurang vitamin C yang menyebabkan kerosakan gusi. Gusi yang tidak sihat akan mengalami keradangan, bengkak, berdarah, warna merah, dan seterusnya boleh mengakibatkan gigi bergoyang dam bau mulut tidak sedap (halitosis).

5.Biasakan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Pilih ubat gigi dan berus gigi khas untuk kanak-kanak.