Bayi terutama yang baru lahir memang kuat tidur. Asyik tidur sahaja kerjanya. Jangan hairan kerana tidur adalah salah satu cara bayi membesar dengan sihat. Tidur amat penting untuk perkembangan bayi yang normal. Tetapi semakin mereka membesar, isu tidur kadangkala menjadi satu masalah kepada ibu bapa.

Ini kerana ada sesetengah bayi yang mempunyai masalah sukar tidur pada waktu siang ataupun malam. Bayi yang kurang tidur akan cepat meragam. Ibu bapa perlu tahu berapa jam keperluan tidur anak masing-masing supaya dapat memantau perkembangan mereka.

a. 0-3 bulan    

Jumlah tidur sehari yang diperlukan adalah 16-18 jam. Tidur siang pula 4-6 jam.

b. 3-6 bulan    

Jumlah tidur sehari 12-16 jam. Tidur siang pula 3-4 jam.

c. 6-10 bulan    

Jumlah tidur sehari 11-15 jam. Tidur siang pula    2-3 jam.

d. 10-20 bulan    

Jumlah tidur sehari 11-14 jam. Tidur siang pula    2 jam.

e. 20 bulan-4 tahun     

Jumlah tidur sehari 10-13 jam. Tidur siang pula    1 jam.

Benarkah jika si kecil asyik tidur sahaja mereka dikatakan tidak aktif terutama sekali kepada bayi yang baru lahir? Perlu diketahui, tidur amat penting untuk si manja.

Si kecil yang baru lahir memerlukan kira-kira 16 hingga 20 jam tidur setiap hari. 60 hingga 80% daripada masa berkenaan dihabiskan dalam corak tidur yang melibatkan keadaan fasa tidur mata bergerak cepat (rapid eye movement -REM) di mana otaknya akan berkembang pada fasa ini. Angka ini akan berkurangan apabila umurnya meningkat.

Berikut adalah faktor mengapa bayi mesti cukup tidur.

1. Bayi yang kurang tidur dikaitkan pelbagai keadaan seperti kemahiran kognitif yang lemah.

2. Hiperaktif

3. ADHD

4. Gangguan fungsi neurologi

Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan mendapat rehat, lebih peka, ceria, kurang tantrum dan akan mudah menguasai perkembangan diri.