Bayi menangis adalah perkara biasa, namun jika tangisan itu berlarutan, anda perlu waspada! Kenapa begitu? Jom kita mengintai permasalahan tangisan si manja.

Bayi tidak mampu bercakap. Satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada tindakan refleks badannya untuk menghasilkan bunyi. Bila bunyi-bunyian ini gagal difahami atau tidak diberi perhatian, maka bayi akan mula menangis.Selanjutnya ketahui 7 sebab bayi menangis yang mama ambil peduli.

1.Bayi menangis sebab demam

Sebagai ibu bapa yang baru melalui pengalaman pertama mendapat cahaya mata, tentu sukar untuk mengetahui bayi anda menangis kerana mengalami kesakitan. Namun terdapat tanda-tanda yang mungkin boleh membantu anda antaranya tangannya menggenggam, kakinya melurus ke atas bahagian dada. Wajahnya juga sudah pasti kemerahan semasa menangis.

2.Bayi mengalami kolik

Jika bayi menangis dalam tempoh yang lama iaitu lebih daripada tiga jam dalam satu  hari  dan lebih tiga hari dalam seminggu, ia mungkin kolik! Kolik adalah masalah kembung perut yang sering menyerang  bayi. Ia berlaku disebabkan  tidak sendawa  selepas bayi menyusu, penyuapan makanan yang cepat dan sistem penghadaman dan saraf bayi belum matang.

3.Bayi lapar

Bayi anda menangis mungkin masih lapar walaupun baru sahaja selesai menyusu. Ini kerana bayi yang menyusu susu ibu mungkin tertidur awal yang mengakibatkan tidak minum susu dengan banyak. Bergitu bayi yang minum susu botol, cepat lapar dan mahu minum kerap.

4.Bayi tidak selesa

Bayi tidak selesa dengan cuaca yang panas. Dia berasa tidak selesa pada bahagian leher, perut dan belakang. Jika suhu badan normal, mungkin bayi tidak selesa dengan persekitarannya yang panas. Pastikan ruang bilik atau ruang tamu dalam selesa. Pasang kipas atau penghawa dingin untuk menyediakan suasana yang nyaman buat bayi. Juga , tanggalkan pakaiannya atau pakaikannya baju yang longgar pada badannya.

5.Lampin bayi basah

Anda juga jangan lupa bahawa bayi juga tidak selesa jika lampin  basah.  Lampin basah disebabkan kencing terlalu banyak atau membuang air besar. Oleh itu, pastikan lampin bayi kerap ditukar. Ia juga dapat mengelak masalah ruam.

6. Bayi resah atau mengalami stimulasi berlebihan?

Ada sesetengah bayi berasa kecewa jika  terjaga daripada tidur mendapati anda tiada di sisi atau tidak mendapat perhatian anda. Malah bayi anda dibiarkan bersendirian terlalu lama.  Malah ada juga bayi berasa terlalu letih kerana menerima stimulasi atau rangsangan secara berlebihan.

7. Bayi anda penat.

Ya bayi anda penat. Oleh itu,  sediakan ruang yang selamat dan selesa. Kemudian berikan ciuman dan pelukan untuk memberitahu bahawa anda menyayanginya. Anda juga boleh meninggalkan bayi sendirian dalam bilik seketika. Tetapi pastikan bayi dalam ruang yang selamat seperti dalam katil. Biarkan bayi bermain dan melakukan aktivitinya sendiri dengan barang permainannya. Malah bayi mungkin tertidur dengan sendirinya.

BERTINDAK SEGERA JIKA...

Bayi masih lagi menangis

Bayi menangis mungkin kerana ingin tidur. Tetapi jika masih lagi tidak berhenti menangis walaupun sudah kelihatan keletihan, segera berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.