Rutin tidur menjadi sebahagian daripada tugas seorang bayi. Tidur berkualiti merangsang perkembangan positif tumbesaran bayi.  Bayi pada usia bawah tiga bulan lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur.

Posisi tidur seorang bayi memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka. Jangan bersikap sambil lewa berkenaan hal tidur si bayi kerana jika tersilap ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian bayi.

Jadikan panduan berikut sebagai cara menjaga keselamatan bayi ketika tidur.

1. Risiko kematian bayi secara mengejut atau dikenali sebagai Sindrom Bayi Secara Mengejut (SIDS) boleh berlaku kepada mana-mana bayi. Bayi normal memang boleh tidur dalam apa jua posisi tetapi posisi tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan.

2. Tidur menelentang memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas. Bahkan posisi ini juga tidak mendatangkan sebarang simptom atau penyakit terutama SIDS.

3. Dalam kedudukan ini, disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala tinggi sedikit daripada pertu. Ia bertujuan mengelakkan bayi daripada termuntah.

4. Bayi juga boleh ditidurkan dalam keadaan meniarap. Pastkan tilam yang digunakan tidak lembut. Letakkan bantal nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa lebih selesa. Sekiranya dalam kedudukan ini , bayi boleh mengalihkan muka sendiri ke sisi sewaktu tidur, maka mereka bebas tidur dalam keadaan begitu.

5. Anda juga boleh menidurkan bayi secara mengiring tetapi penting untuk meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang suapay  bayi tidak terlentang secara mengejut.

6. Bagaimanapun bagi ibu bapa yang memiliki anak tidak normal seperti pramatang atau sindrom down, posisi tidur menelentang tidak digalakkan. Ini kerana ketika dilahirkan otot-otot mereka lemah dan lembik. Tidur menelentang akan membuatkan mereka sesak nafas dan lidah serta rahang akan terjatuh ke belakang.

7. Oleh kerana bayi baru lahir tidur antara 16 hingga 18 jam sehari, mereka kerap terjaga apabila hendak menyusu atau menukar lampin. Ibu bapa atau penjaga digalakkan menukar posisi tidur anak setiap dua jam sekali kerana bayi baru lahir sukar bergerak sendiri.

 

Sebaiknya tidurkan bayi di dalam katil yang berasingan untuk mengelakkan daripada risiko lemas kerana terhempap kaki atau tangan ibu ayah, bantal dan selimut yang banyak yang boleh menyebabkan mereka lemas dan sesak nafas.