Mesti ramai ibu yang ada bayi tak sabar nak masukkan anak dalam 'walker'. Apatah lagi ada macam-macam jenis walker dengan pelbagai fungsi ada dijual di pasaran.

Rasa macam comel bila tengok si kecil bergerak-gerak sendiri menggunakan 'walker'. "Mesti tak lama lagi pandai jalan anak aku ni."

Selain berharap anak akan cepat jalan dengan bantuan 'walker', ibu juga merasakan ia boleh menjadi penyelamat ketika sibuk membuat kerja rumah. Tak adalah anak sibuk merangkak ke arah ibu dan minta didukung.

Sebelum anda membeli 'walker' untuk kegunaan si manja, ada baiknya anda baca dulu penerangan penting kesan penggunaan 'walker' terhadap perkembangan anak seperti dikongsi oleh Pakar Fisioterapi yang khusus dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak, Puan Sharfiza Binti Abdul Aziz dalam laman facebook beliau.

Penggunaan baby walker

Mmg dah jadi kebiasaan dan norm dikalangan masyarakat kita menggunakan walker. Utk anak lekas jalan. Untuk mudah nak buat kerja. And believe me ni bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Tapi apakah hakikat sebenar di sebalik penggunaan walker ni?

For your info, saya sendiri penah letak anak dalam walker. Anak sulong. Seawal 5 bulan. Masa tu belum belajar lagi pasal keburukan walker. Seriously saya nampak kesan dia pada anak bujang saya. Dengan mata physio saya, sangat sakit tapi benda dah lepas. So kita perbaiki kelemahan je.

Lets get back to the topic kita sentuh aspek keselamatan kemudian. Sebagai seorang physiotherapist yang specialised dalam perkembangan bayi dan kanak2 saya prefer utk lihat dari aspek perkembangan.

Pertama, ramai letak dalam walker supaya anak cepat jalan. Anak tak merangkak..terus jalan... bangga sebab rasa anak advance. Tapi sebenarnya satu kerugian besar bila anak tak merangkak secukupnya. Merangkak ni bukan saja menguatkan otot, facilitate joint sense dan membentuk posture malah ia merangsang saraf anak. Ia juga promote coordination left and right serta cross directional. So penting kan merangkak? Ada research yg kata kalau baby merangkak dlm 6 bulan at least adalah yang terbaik. Tapi kita bab merangkak dalam post lain.

Kedua, kita lihat anak kita suka lompat bila kita dirikan dia. Kita ingat anak nak berdiri. Betul? Sebenarnya itu ada protective reflex dia yang kita panggil extensor thrust. Sebenarnya dia x ready utk berdiri itu hanya reflex utk mempertahankan diri yg sepatutnye hilang selepas umur 6 bulan. Bila kita letak anak dalam walker, dia akan gunakan reflex ini dgn banyak and akan kurangkan penggunaan otot hadapan. So dia belajar hanya menggunakan otot belakang. Hal ini akan menyebabkan postur berdiri tak cantik. Dan juga menyebab kan budak bejalan tiptoe sbb dia guna hamstring lebih dari quadriceps.

Now kita masuk bab keselamatan. Baby being baby mereka tak pandai mengagak bila nak berhenti, mana bahaya, mane tinggi mana rendah. So dengan walker kita boleh tak perasan apa yg boleh terjadi. Mungkin x jadi pada kita tapi mmg ada kes yg menyebabkan kemalangan yg sgt memudaratkan. Sampai head injuries. Byk precautions yg kita perlu ambil.

So apa solutionnya sebab kita still nak kene buat keje rumah. Sekarang byk dijual penghadang baby. Boleh gunakan itu. Saya personally gunakan playpen, atau dudukkan atas high chair untuk anak duduk dan main depan pintu dapur. Dukung all the time pun bukan solution. Yang penting baby perlu banyak berada atas lantai. Sebab tu byk kempen 'tummytime'.

So inilah serba sedikit info pasal baby walker yg dapat saya kongsi kan. Harap memberi manfaat.

Sumber: Facebook Sharfiza Binti Abdul Aziz