Kehadiran bayi dalam rumah akan menukar suasana menjadi ceria, gembira, lucu bahagia dan menyeronokkan. Insan kecil yang comel ini sememangnya berjaya membuatkan ibu ayah tidak sanggup keluar rumah terlalu lama.

Bagi yang baru bergelar ibu bapa, anda perlu tahu kenapa perasaan terlalu sayang dan bahagia dengan kehadiran si comel ini sukar digambarkan dengan kata-kata.

  1. Bayi anda kelihatan sungguh comel. Tangan dan kaki kecilnya juga sangat comel! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.

         2. Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun  agak sumbang.

         3. Rasa gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.

         4. Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.

         5. Bayi tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi tetap menunjukkan rasa gembiran walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.

         6. Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.

         7. Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.

         8. Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.

         9. Anda tetap hebat di hati bayi!

        10.Rambut bayi yang lembut membuatkan anda suka membelainya.

        11.Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.

        12.Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.

        13. Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.

        14. Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.

        15. Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.

        16. Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.

        17. Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.

        18. Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.

        19. Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!

        20. Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.

        21. Bayi seronok apabila anda mendukungnya.

        22. Bayi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi.

      

        23. Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan  bayi sangat gembira dengan kehidupannya.

        24. Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi tidur dan ia membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.

        25. Jika anda sedang bersedih, bayilah  ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.

        26. Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!

        27. Terasa sungguh bahagia  melihat bayi anda menyusu susu ibu.

        28. Ibu sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan dapat memberikan penyusuan ibu                secara eksklusif buat bayi anda. 

        29. Bayi mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!

        30. Bayi membuatkan anda tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusukannya.

        31. Anda terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.

        32. Bayi anda sudah boleh makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!

        33. Bayi menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.

        34. Bau wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda. Ia terapi terbaik!

        35. Bayi akan memberikan senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.

        36. Walaupun badan anda letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak kesukaan bayi anda berulang kali.

        37. Walau apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik dalam kehidupannya.

        38. Tiba-tiba anda mampu mengawal kesabaran dan kemarahan walaupun telefon kesayangan anda dibaling oleh si comel. Semua itu anda anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.

        39. Anda mejerit kegembiraan apabila melihat bayi sudah boleh meniarap.

        40. Bayi membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang mana tidak sedari sebelum kelahirannya. 

        41. Anda rasa bahagia kerana menjadi penenang buat bayi dengan hanya memberikan pelukan kepadanya tatkala dia kesedihan.

       

        42. Gelagat bayi memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!

        43. Bayi anda tidak sihat. Kekuatan supermum anda terserlah!

        44. Anda menjadi seorang yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan selamat dalam jagaan anda.

        45. Wajah bayi seiras anda dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata, “Mata bayi seiras seperti kamu.”

        46. Setelah menyusu, anda akan sendawakan bayi.  Sungguh comel bunyi sendawa daripada permata hati anda yang kecil ini. 

        47. Bayi mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.

        48. Anda dapat melihat kehebatan suami apabila dia menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.

        49. Anda dan suami tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.

        50. Anda, suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga.