Berkat doa dari orang ramai dan dan penyusuan susu ibu, jaundis yang dialami oleh bayi Yatt Hamzah akhirnya turun ke paras selamat.
Yatt dalam posting Instagramnya berkongsi kesyukurannya atas berkat doa. Yatt juga mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayinya.
DOA SEORANG IBU
Sungguh Doa itu amat power terutama yg benar bersungguh2. Nampak tak muka bengkak menangis dalam senyum tu? Semalaman tak boleh tidur, hanya berteman air mata dan doa tak putus2. Alhamdulillah Allah dengar dan makbulkan doa Bonda ini dan semua yg mendoakan kami. #LilSuci#babyYH dah boleh pulang ke rumah selepas paras kuningnya menurun ke 200. Berkat doa kalian semua. Alhamdulillah Terima kasih.?? . Apa pun #LilSuci masih dlm pantauan ketat. Perlu awasi paras kuningnya setiap hari. Terima kasih pada semua yg berikan sokongan, nasihat, tips dan hadiah. Maaf tak mampu nak balas semua kerana terlalu banyak. Hanya Allah yg mampu membalasnya. . Addu’a silahul mukmin. Doa itu senjata orang mukmin. Teruskan berdoa.
Bayi Yatt dimasukkan ke dalam Neonatal Intensive Care Unit (NICU) pada usia 3 hari di mana paras bilirubin ialah 378 umol/L , menghampiri bacaan bahaya iaitu 400 umol/L . Yatt yang dalam proses berpantang sedih dengan keadaan yang dialami bayinya memohon netizen mendoakan bayinya.
NETIZEN GALAK YATT TERUS SUSUKAN BAYI IBU UNTUK TURUNKAN JAUNDIS
Ruangan komen Instagram Yatt dihujani kata-kata sokongan, pelbagai petua dan tip yang dikongsikan para pengikut dan netizen untuk menurunkan paras jaundis bayi Yatt. Paling banyak sekali ialah teruskan memberikan susu ibu.
Bayi yang belum diberikan nama dan digelar Lil Suci ini secara normal di Hospital Naluri kira-kira jam 12.10 tengahari pada Ahad, 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H. Ketika dilahirkan berat badan Lil Suci ialah 3.33 kg.
Yatt melahirkan anak ketiganya ini setelah 42 hamil iaitu kandungan overdue. Kalau bayi Dato’ Sri Siti Nurhaliza #sipipimerah, bayi Yatt pula #sicomelbibirmerah.
Sebelum ini Yatt memiliki dua anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika dan Suci Humaira Iqlima. Yatt merupakan ibu yang kuat kerana juga melakukan tandem nursing untuk kedua-dua anak kecilnya.
Gangguan jin Ummu Sibyan dikatakan sering berlaku ke atas bayi yang berusia bawah 2 tahun.
Elakkan bayi daripada kena gangguan jin ini yang biasanya akan menyebabkan si comel menangis tanpa henti dalam jangka masa panjang.
Puan Sarah Hussin yang berpengalaman melaluinya detik cemas tersebut bila bayinya menangis tanpa henti waktu malam tanpa mengetahui apa sebabnya.
Oleh itu dia berkongsi cara untuk elakkan bayi terkena gangguan serta langkah-langkah yang boleh diamalkan oleh ibu ayah untuk mengelakkan rumah dari gangguan syaitan.
ASSALAMUALAIKUM ibu-ibu semua. Ini kes anak saya, Safiyyah, beberapa bulan lepas. Semoga menjadi iktibar untuk kita semua.
Masa kejadian, Safiyyah tidur jam 8 malam. Selepas menidurkan anak, saya terus pergi ke dapur untuk makan. Baru saja nak suapkan nasi ke mulut, Safiyyah sudah merengek, kemudian menangis.
Terus saya pergi mendapatkan dia. Masa itu Safiyyah menangis tak buka mata, dalam hati sudah terdetik mesti ada sesuatu yang tak kena.
Safiyyah menangis dengan kuat pada masa itu. Dari saya cuba dukung, beralih ke suami, sehingga abang Iman agah-agah pun tak jalan juga. Dari jam 8.30 malam hingga 10 malam berterusan menangis.
Pada mulanya saya syak Safiyyah mungkin menangis disebabkan kembung perut. Disapu minyak angin di bahagian perut, kaki, betis dan tapak tangan. Tetapi Safiyyah masih begitu juga dan semakin kuat pula tangisannya.
Apa yang saya perasan pada masa itu, Safiyyah menangis dalam tidur, tanpa membuka mata. Bila saya cuba kejutkan dia, dia buka mata kemudian matanya ditutup semula. Ibarat Safiyyah mengantuk sangat-sangat.
Disebabkan kami semua sudah buntu pada masa itu, Rafi terus menghubungi mak dia dan ajak pergi berubat. Jam 10.30 malam, lalu di tempat yang agak gelap. Sepanjang jalan buka ayat Al-Quran. Tetapi semasa Safiyyah berada di dalam kereta, dia tak menangis pun, elok saja tidurnya.
Sampai di rumah Pakcik Hussin, baca ayat Al-Quran. Disapu badan Safiyyah dengan air yang dibacakan itu. Safiyyah memang sudah tidak menangis lagi.
Menurut Pakcik Hussin, ada ‘orang’ tarik-tarik kaki Safiyyah. Patutlah Safiyyah menangis tetapi kaki dia macam menendang-nendang seperti ada sesuatu di kakinya. Semasa saya pegang kaki Safiyyah pun tendang-tendang tangan saya.
Dalam otak terus terfikir, apalah yang saya sudah buat sehingga menyebabkan Safiyyah menjadi begitu? Baru saya teringat yang hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat.
Saya ada bawa Safiyyah berjalan-jalan di depan rumah. Masa itu hari tak elok, nak hujan dan angin kuat. Selepas itu abang Iman ajak main pop-pop di luar.
Semasa Iman bermain itu, jam 6.30 petang dan angin kuat. Saya leka duduk di luar rumah dengan angin yang kuat.
Maafkan mama, Safiyyah. Semasa menidurkan Safiyyah, saya lupa nak pasang ayat Al-Quran di sebelahnya. Rasa hari itu banyak sangat leka sampai semua benda terlupa nak buat. Maafkan mama Safiyyah.
Sebelum pulang, Pakcik Hussin berpesan yang ‘benda’ itu sudah tak ada tetapi dia tidak jamin kalau dalam perjalanan pulang nanti ‘benda’ itu datang balik. Berderau darah saya mendengar kata-katanya itu.
Selepas pulang, Safiyyah okey sahaja, dia menyusu sehingga tertidur. Tetapi pada jam 1 pagi, Safiyyah menangis lagi, sama seperti kejadian awal tadi.
Terus rasa seperti nak menangis pada masa itu. Banyak salah yang saya buat hari ini sehingga Safiyyah jadi begitu.
Saya terus ambil air yang diberi oleh Pakcik Hussin dan usap pada muka Safiyyah sambil selawat dan meminta perlindungan Allah. Alhamdulillah Safiyyah menangis sekejap sahaja.
Dan bila difikir-fikirkan, mungkin inilah yang selalu disebut-sebut orang iaitu Ummu Syibyan. Selama ini selalu baca tentang Ummu Syibyan tetapi tidak sangka boleh terkena pada Safiyyah. Memang kena ambil langkah berhati-hati selepas ini.
1. Lafazkan ASSALAMUALAIKUM DAN BISMALLAH sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah sebab syaitan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita.
Lebih bagus bagi salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu kecuali bilik air sebab itu adalah tempat lepak syaitan. Jadi tak perlu beri salam, cuma kena baca doa meminta Allah melindungi kita dari gangguan syaitan.
2. Lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran dalam rumah.
3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah. Jangan biar satu bilik kosong lama-lama.
4. Tutup tong sampah dan jangan biarkan sampah berterabur terutamanya tulang temulang sebab itu adalah makanan jin.
5. Sebelum maghrib, tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tidak elok untuk tubuh badan. Kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan angin merupakan kenderaan jin.
6. Angkat pakaian di ampaian sebelum maghrib. Ini semua ada kaitan dengan sihir melalui angin. Sebab itu sesetengah alim ulama akan membasuh semula pakaian yang terdampar dpada waktu maghrib ke atas.
7. Kalau orang yang sedang tidur mengigau, sentuh dan kejutkan dia. Kejut dengan lembut, jangan secara kasar.
8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur, rambut kena letak bawah kepala, jangan lepaskan ke atas bantal.
9. Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu pintu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan memberi salam.
10. Elakkan ketawa dan bersedih berlebihan.
11. ‘Pagar’ rumah setiap hari, baca ayat kursi dengan tujuh tempat wakaf dan tiup pada setiap penjuru bilik. Selalu baca surah Al-Baqarah.
12. Selalu alihkan barang-barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah. Jangan buat perkara lalai sebab perkara-perkara seperti ini yang menarik perhatian makhluk halus.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari gangguan syaitan laknatullah. Semoga menjadi iktibar pada kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lan Solo dan isteri, Nur Sheila memohon orang ramai mendoakan pembedahan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini berjalan lancar.
Pembedahan ini adalah untuk merawat sumbing yang dialami cahaya mata keempat pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.
Difahamkan Quxandra telah dimasukkan di PPUM sejak dua hari lalu dan dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani pembedahan yang telah dijadualkan sebelum ini.
Sheila menerusi beberapa status di laman Instagramnya (IG) turut berkongsi keadaan terkini anak perempuannya itu dari semasa ke semasa.
“Uncle aunty doakan yang terbaik untuk saya ye…Emosi mommy saya agak terganggu jugak ni. Doakan jugak mommy saya kuat semangat ye,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, di status instagram Lan pula, dia turut menyatakan semoga pembedahan yang dilakukan ke atas anaknya hari ini berjalan lancar dan sangat berterima kasih atas doa dari semua.
Ramai peminat dan pengikut pasangan ini di IG memberikan semangat dan kata-kata positif agar pembedahan ke atas Quxandra berjalan dengan lancar.
Selain Quxandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
Sumber: instagram Lan Solo & Sheila Razlan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Comelnya bayi Mawar Karim dan Fizo Omar ni! Wajah buah hati mereka akhirnya didedahkan pada laman Instagram Mawar hari ini buat pertama kalinya!
Pendedahan Mawar ini disambut baik oleh para peminat Fizo dan Mawar yang selama ini berteka-teki tentang wajah bayi mereka berdua. Para peminat tentunya teruja untuk melihat kecomelan puteri sulung pasangan ini.
Dalam posting Instagram, Mawar mengumumkan nama bayinya pada ruang kapsyen gambar. Bati yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 lalu itu diberi nama Wan Maryam bt Wan Hafizol . Indahnya sungguh namanya, seindah wajahnya.
Assalamualaikum auntie uncle semua,nama saya diberi oleh bapa n mama saya,Wan Maryam bt Wan Hafizol
Hari ini sy dah 2 weeks. Sy di lahirkan pada hari Jumaat 29 December jam 4.01 petang. Setelah bapa n mama sy tunggu sy selama 4 tahun.
Doakan sy semoga menjadi anak soleha di dunia & akhirat.
Nanti saya akan ganti Mama saya jadi Fareeda junior @fareedagroup .
( Gambar ni time sy ada jaundice tapi alhamdulillah sekarang dah baik ️)
(Tq kaka @elyamarissa_ @sarahkhadijah_ for this photo )
Wan Maryam dilahirkan dengan berat 2.78kg di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur melalui pembedahan caesarean. Dia dilaporkan mengalami jaundis selepas dilahirkan dan kini sudah pulih.
Bayi comel ini juga ialah precious baby memandangkan ia hadir empat tahun selepas perkahwinan Fizo dan Mawar pada 2013.
Berikut ialah reaksi para peminat; rata-rata mendoakan kesejahteraan serta memuji kecomelan Wan Maryam dan hidungnya yang mancung. Comel sangat awak ni!
Lain orang lain pengalamannya semasa melahirkan cahaya mata. Namun gejala badan menjadi menggigil selepas bersalin perlu diberikan perhatian segera. Apa sebabnya?