Seminggu pertama kelahiran bayi ialah cabaran utama buat mama dan papa yang pertama kali. Apatah lagi jika Bagaimana nak hadapinya sedangkan anda belum lagi ada pengalaman?

Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!

 

Ketahui 7 tip untuk mengendalikan bayi baru lahir. Tip ini praktikal dan akan membantu mama dan papa menyesuaikan diri dengan perubahan baru ini.

Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!1.KUASA BEDUNG

Kebanyakan bayi suka dibedung dan ia akan membantu mereka tidur dan kurang meragam. Belajar bagaimana caranya untuk membedung bayi. Beli beberapa helai kain bedung yang lembut dan mesra pada kulit bayi dan bedung bayi untuk menenangkannya. Membedung juga memudahkan mama menyusukan bayi.

Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!2.SUSUKAN BAYI DENGAN POSISI PENYUSUAN BETUL

Pastikan mama mempraktiskan posisi penyusuan yang betul. Paling utama pelekapan yang tepat untuk mengelakkan masalah puting merekah dan sebagainya di kemudian hari. Dapatkan bantal penyusuan untuk mengelakkan sakit belakang.

IKLAN

Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!3.MANDIKAN BAYI

Mama dan papa boleh membuat jadual giliran untuk tugas ini. Bayi tidak perlu dimandikan kerap, cukup dua kali sehari sahaja. Misalnya jika pagi mama mandikan, petang papa boleh ambil giliran memandikan bayi pada sebelah petang.

Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!4.WAKTU TIDUR
Mama bahagikan tugas dengan papa. Buat perbincangan tentang perkongsian tugas termasuk tugas menyusukan bayi setiap tiga jam. Biarkan papa (atau ibu atau sesiapa yang membantu) memberi bayi susu pada tengah malam dan 6 pagi manakala mama ambil giliran pada jam 9 malam dan 3 pagi. Jika anda menyusu, perah untuk tujuan ini. Ini cara supaya mama dapat tidur sekurang-kurangnya satu dari kedua-dua waktu menyusu.

Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!5.STORAN SISTEMATIK

Wujudkan sistem yang sistematik seperti tempat penyimpanan lampin, pakaian dan keperluan bayi yang mudah diambil dalam keadaan pantas dengan sebelah tangan.

IKLAN

Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!6.KATIL BAYI

Dapatkan peralatan yang diperlukan seperti katil bayi, pam payudara, penggendong bayi, dan sebagainya perlu disediakan awal untuk mengelakkan kelam kabut. Katil bayi atau play pen amat mustahak jika anda mempunyai anak lain di rumah. Ia penting bagi mengelakkan bayi tercedera atau kemalangan disebabkan anak yang lain.

Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!7.ELAKKAN SUASANA BISING

Bayi baru lahir memerlukan tidur yang lama. Mama dan papa cuba wujudkan suasana yang tenang untuknya tidur. Gangguan bising boleh menyebabkan dia mudah terjaga dan tidak mendapat tidur yang cukup. Tidur amat penting untuk perkembangan otak bayi.

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI