Di usia 6 bulan, Muhammad Amin Iskandar Mohd Rizal telah disahkan menghidap kanser darah. Kekuatan ibu pengubat segala-galanya bagi si kecil yang baru hendak mengenal dunia ini.  

Menurut ibunya, Nurizzaty Bahari, Amin Iskandar dilahirkan seperti kanak-kanak normal yang lain. Tetapi setelah mengalami cirit-birit yang teruk dan dimasukkan ke wad baharu doktor mengesahkan hati dan limpa Amin bengkak dan doktor sahkan kanser darah.

“Dari Hospital Seremban, Amin di rujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan.

“Namun jenis kanser darah yang mana masih tidak dapat diketahui walaupun telah berkali-kali sample darah diambil. Disebabkan kesulitan ini, sample darah Amin akan dihantar ke Jerman untuk ujian selanjutnya kerana platlet darah yang turun naik, sel darah putih yang lebih tinggi dari darah merah, dan hati dan limpa yang masih membengkak. Doktor pakar HKL masih belum dapat mengenalpasti punca masalah ini,” katanya.

Amin juga akan menjalani prosedur pengambilan sample sumsum tulang buat kali yang kedua.

Mungkin permintaan saya ini agak berat tapi saya benar-benar memerlukannya.

Saya memohon jasa baik pada sesiapa yang sudi tampil menjadi penderma darah mengikut pembentukan darah yang sama seperti Amin (pembentukan/pecahan darah orang Asia Barat). Bukan jenis darah apa. Tapi pecahan/pembentukan darah. Darah yang diperlukan adalah dari bayi sehingga kanak-kanak. Darah orang dewasa tidak boleh digunakan Amin.

Saya sanggup membayar sekiranya ada yang sudi membantu. Sebelum itu, sample darah perlu diambil untuk memastikan jenis bentuk darah benar-benar sesuai untuk Amin.

Sekiranya anda tidak dapat membantu menderma, mohon tolong sebarkan maklumat ini.

Siapa tahu ada hamba ALLAH yang ALLAH gerakkan hati untuk membantu menyelamatkan nyawa anak saya.

Kalau ada yang sudi, boleh terus hubungi Izzati di FB : Nurizzaty Bahari atau di talian 01110655034.