Anak comel, ibu jelita dengan rona pastel.

Hati terpesona melihat tiga beranak ini tampil ceria, manis dan lembut dengan rona pastel. Sebagai seorang ibu dan isteri, Izawani Saidin atau lebih dikenali sebagai Vee bijak menjaga penampilan diri dan tidak dinafikan koleksi peribadi miliknya ini penuh cita rasa. Senang dengan rona pastel, Vee bijak suai padan gaya, termasuklah untuk dua orang permata hatinya.