“Eh, Diana apasal ‘eye bag’ kau gelap sangat ni. Anak meragam sampai tak cukup tidur ke?”

Susah hati betul apabila kerap ditegur ramai orang tentang keadaan bawah mata yang ada lingkaran gelap. Kenapa teruk sangat keadaan bawah mata ini?

Penyebab berlakunya lingkaran gelap bawah mata adalah seperti berikut.

 

1. Kurang tidur. Ibu yang ada anak kecil memang biasa kurang tidur malam terutama apabila anak meragam kerana tidak sihat. Biasanya wanita yang ada lingkaran gelap, hanya tidur lebih kurang 4 hingga 5 jam pada waktu malam.  Semakin kurang tidur semakin anda berhadapan dengan risiko kulit berkedut dan gelap, wajah pucat dan saluran darah bawah kulit semakin ketara seterusnya menjadikan kulit bawah mata kelihatan keungguan. Oleh itu rawatan sebaiknya dapatkan kembali tidur yang cukup dan tidur dengan nyenyak.

 

2. Anemia. Kekurangan zat besi atau anemia turut menyumbang kepada masalah lingkaran gelap bawah mata. Hakikatnya kekurangan banyak sumber nutrisi boleh menyebabkan lingkaran gelap. Amalkan pemakanan sihat untuk mengelakkan dan menghapuskan masalah ini.

 

3. Masalah buah pinggang. Perubatan Cina menganggap lingkaran gelap ini ada kaitan dengan kekurangan fungsi buah pinggang. Walaupun lingkaran gelap itu berlaku pada mata tetapi ia boleh digunakan untuk mendiagnosa masalah buah pinggang.

 

4. Alahan Makanan & Alahan lain. Alahan makanan menyebabkan masalah lingkaran gelap di bawah mata. Kesan ini dikenali sebagai “allergy shiners” dalam lingkungan alahan makanan. Alahan menyebabkan kesesakan yang mewujudkan aliran darah meningkat hingga ke hidung. Kulit bawah mata agak nipis maka aliran darah yang meningkat menyebabkan ia berwarna sedikit ungu.

 

5. Keletihan Adrenal. Lingkaran gelap menjadi petunjuk utama masalah keletihan adrenal. Kelenjar adrenal adalah kelenjar kecil yang berada di atas buah pinggang dan mengeluarkan banyak hormon.Oleh kerana kita hidup di dalam dunia yang penuh dengan tekanan, kebanyakan kita mempunyai kelenjar adrenal yang mengalami keletihan.