Antara kebimbangan utama kebanyakan wanita selepas bersalin adalah masalah lebihan lemak dalam badan dan kulit yang menggeleber. Maklumlah selama sembilan bulan bayi membesar dalam rahim ibu, banyak perubahan bentuk badan yang berlaku.

Bila sudah bersalin, segala proses pengembangan dan pembesaran yang berlaku pada badan akan meninggalkan kesan yang kurang menarik. Sebenarnya dengan kemudahan teknologi moden menggunakan pancaran inframerah, segala masalah tersebut mudah diselesaikan. Tak perlu risau lagi!

Rawatan menggunakan teknologi frekuensi radio ini terdapat di Klinik Dr Abby. Paling penting rawatan teknologi inframerah ini selamat digunakan kerana ia adalah alat perubatan yang diluluskan oleh FDA. Menurut Dr.Abby Ousman, Vanquish dan Venus adalah dua jenis rawatan yang boleh membantu membuang lemak tepu daripada badan ibu selepas bersalin seterusnya menegangkan kembali kulit yang menggeleber. Dua kombinasi rawatan yang lengkap untuk menyelesaikan masalah ibu lepas bersalin.

 

Rawatan Venus (Membuang lemak tepu)

1. Rawatan menggunakan teknologi frekuensi radio untuk membuang lemak tepu lebih mudah terutama selepas bersalin.

 

2. Membantu menyingkirkan lemak di bahagian bawah kulit dalam masa lebih singkat terutama pada bahagian perut dan paha.

 

3. Rawatan ini bertindak untuk merangsang dan membentuk semula struktur kolagen.

 

4. Teknologi mesin yang mudah dikendali membuatkan rawatan tidak menyakitkan, mesra kulit dan terasa seperti tungku moden.

 

5. Rawatan ini boleh dilakukan seawal 44 hari selepas bersalin.

 

6. Tempoh rawatan setiap sesi hanya mengambil masa antara 30 hingga 45 minit mengikut saiz badan.

 

7. Sebanyak empat hingga lapan sesi diperlukan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, bergantung pada saiz badan dan peratusan lemak dalam badan.

 

8. Sesi seterusnya perlu dilakukan dalam masa lima hingga tujuh hari untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

 

9. Teknologi frekuensi radio dan elektromagnetik telah lama digunakan dalam bidang perubatan sejak bertahun lalu dan terbukti sebagai teknologi yang efektif.

 

10. Teknologi yang digunakan dapat menembusi jauh ke dalam permukaan kulit, hingga dapat hasil yang paling maksimum

 

11. Memberi kesan secara terus tanpa perlu menunggu sesuatu tempoh masa dan lebih menarik kesannya kekal untuk jangka masa yang lama.

 

Rawatan Vanquish (Menegangkan kulit)

1. Ini merupakan rawatan alternatif kepada liposuction.

 

2. Teknologi pancaran frekuensi radio yang digunakan dalam BTL Vanquish mampu untuk menegangkan kembali kulit yang menggeleber.

 

3. Ia membantu proses mengempiskan perut dan mengurangkan lemak di ukur lilit perut.

 

4. Tiada penggunakan jarum atau pembiusan diperlukan dalam rawatan ini.

 

5. Walaupun suhu tinggi sehingga mencapai 43 darjah celcius digunakan dalam rawatan ini tapi kulit tidak akan melecur sebaliknya akan hanya merasa suam sahaja.

 

6. Rawatan hanya mengambil masa kurang daripada satu jam.

 

7. Kurang risiko dan kesan sampingan serta tidak menyakitkan.

 

8. Sesi rawatan boleh dilakukan antara empat hingga enam kali dan ia boleh dibuat seminggu sekali.

 

9. Untuk kesan yang lebih efektif, ibu hendaklah memulakan rawatan ini sejak melahirkan anak pertama lagi.

 

10. Mereka yang memakai implan logam dalam badan seperti IUCD dilarang sama sekali melakukan rawatan ini.

 

11. Apabila membuat rawatan ini, anda perlu minum banyak air kerana akan melancarkan sistem limfatik dan penggunaan teknologi radio frekuensi semasa rawatan akan lebih berkesan.

 

12. Lemak dalam badan akan keluar melalui pembuangan najis.

 

Menurut Dr.Abby, selain rawatan, senaman berkala, pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat adalah antara yang perlu dilakukan bagi mendapatkan keputusan yang optimum.