Selulit adalah musuh setiap wanita. Siapa yang suka jika mendapati ada selulit di pelbagai inci bahagian tubuh badan. Selulit selalu menjadi masalah yang hampir ramai wanita mengalaminya terutama selepas melahirkan bayi.

Memiliki kembali tubuh yang mulus tanpa kehadiran selulit, pasti menjadi dambaan semua wanita. Namun sebelum anda berusaha keras mengusir pergi si selulit, faham dan kenali tentang selulit.

*Kehadirannya adalah normal

Ketika semua wanita mengeluh tentang wujudnya selulit pada tubuh mereka, perlu diketahui bahawa kewujudannya memang perkara normal. Dalam kalangan pakar perubatan, mereka menganggap selulit sebagai karektor sekunder seorang wanita seperti memiliki payu dara atau pinggul yang lebar.

*Siapa pun boleh ada

Masalah selulit adalah perkara normal terutama dalam kalangan wanita selepas berat badan. Ia biasa ada pada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan kerana menonjolnya lemak dalam lapisan dermis. Selulit juga biasa terjadi pada ibu hamil dan mereka yang mengamalkan gaya hidup kurang sihat.

*Selulit boleh dikurangkan

Jangan terkejut kerana masalah selulit boleh dikurangkan daripada badan anda. Tetapi anda perlu berkorban banyak perkara demi mengurankan kehadiran selulit. Perubahan paling jelas sudah pasti mengubah gaya hidup lebih sihat, menjaga pemakanan dan memperbanyakkan aktiviti senaman agar kulit menjadi lebih tegang dan sihat.

*Gunakan krim anti selulit

Kini terdapat banyak produk krim anti selulit di pasaran. Walaupun ia tidak memberikan kesan pantas tetapi tidak salahnya mencuba. Pilih krim anti selulit dan skrub yang mengandungi kafein, mampu bertindak sebagai diuretik mengurangkan lebihan cairan dan menegangkan kulit buat sementara. Kesannya hanya membuatkan selulit kurang kelihatan, tetapi ia bukan solusi jangka panjang.

Selain daripada itu kini terdapat juga pelbagai pilihan rawatan kecantikan yang ditawarkan oleh pusat kecantikan bagi membantu mengatasi masalah selulit. Jika mampu, tidak salah mencuba rawatan tersebut asalkan ia selamat dan tidak memudaratkan.