Pada mulanya Ibu muda yang mesra dengan nama panggilan Nur Liza ini kongsi kan dekorasi kediamannya dalam sebuah grup dekorasi hanya sekadar perkongsian suka-suka sahaja. Namun tanpa disangka ramai yang tertarik dan kagum dengan hasil kreativitinya dalam menata hias kediaman walaupun ada anak kecil.

Lebih kagum lagi Nur Liza tidak menggunakan modal yang besar hanya lebih kurang 5 ribu ringgit sahaja digunakan untuk merubah kediaman yang didudukinya menjadi seperti yang anda lihat ini. Memilih konsep yang minimalis namun masih tetap punya sentuhan elegan. Ternyata dekorasi kediamannya ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil tetapi minat untuk menghias rumah.  Buat ibu-ibu muda boleh lah jadikan sentuhan dekorasi ini sebagai inspirasi.

 

Sedikit tip dari Nur Liza kepada ibu yang memiliki anak kecil untuk pastikan rumah sentiasa kemas dan cantik: 

1. Mula ajar anak dari kecil lagi tengok barang-barang hiasan rumah, apabila mereka mula ada rasa nak pegang dan bahaya kita larang dengan cara terangkan agar anak-anak faham walaupun sikit.

2. Mula ajar anak dari baby lagi tentang kebersihan

3. Sediakan bilik khas untuk anak bermain

4. Setiap kali selepas bermain ajar anak untuk simpan semula di tempat asal

5. Apabila anak sudah mula berminat untuk menulis bagi mereka buku khas untuk conteng. Harus selalu pantau agar mereka tidak mulakan conteng dinding.

6. Malam sebelum tidur pastikan semua kemas dan teratur. Lama-lama anak-anak akan biasa dengan persekitaran rumah yang teratur dan dengan sendirinya tidak mahu buat sepah.