Masalah gigi dengan kanak-kanak memang dah tak boleh nak elak. Lagi-lagi kalau yang tidur dengan botol susu di mulut. Makin cepatlah gigi rosak.

Keadaan ini juga berlaku pada anak sulung Wawa Zainal, Attar yang mana turut mengalami kerosakan gigi. Puncanya kerana hisap botol susu.

Menerusi instagramnya, Wawa menunjukkan anaknya sedang menerima rawatan pergigian .

Walaupun doktor mencadangkan untuk gigi anaknya dicabut semua kerana rosak teruk, Wawa nampaknya tetap positif. Apa salahnya demi kebaikan si kecil.

Malah banyak komen dari netizen yang memberi kata-kata semangat dan menyokong tindakan  Wawa. Biasalah ibu-ibu mesti risau tapi jika tak dilakukan dari awal mungkin akan berlaku masalah lain yang lebih serius.

Bagaimanapun, ibu-ibu boleh cuba ikuti tip ini untuk si manja anda:

1) Gosok gigi anak seawal enam bulan

2) Gusi anak perlu dijaga dengan membersihkan gusi walaupun sebelum gigi susu tumbuh.

3) Elak anak hisap botol susu sambil tidur

4) Lepas hisap susu, minum air masak

5) Bawa anak jumpa doktor gigi apabila menginjak usia setahun

6) Penjagaan gigi susu sangat penting sebagai penjaga ruang pada rahang gigi untuk persediaan pertumbuhan set gigi kekal.

Sumber: Instagram Wawa Zainal