Di saat kita terlalu penat di mana pada waktu ini tahap kesabaran kita berada paling rendah, ada sahaja yang tak kena, sama ada bergaduh antara adik-beradik, menyepahkan permainan dan buat sesuatu perkara yang diluar jangkaan ibu bapa.

Mungkin kita fikir dengan cara merotan, anak tidak akan buat hal lagi tapi sebaliknya anda perlu tahu memukul hanya jalan sementara sahaja dan tidak memberi pengajaran kepada kanak-kanak tersebut. Mereka akan takut tapi dalam masa sama menjadikannya seorang individu yang submisif dan terlalu menurut perintah.

Harus diingat individu yang dipukul semasa kecil lebih cenderung membesar menjadi individu pendera, selalunya memukul pasangan dan anak mereka sendiri.

Kita juga sering mendengar dalam kalangan masyarakat yang mewajarkan tindakan mereka memukul anak dengan berkata, “saya pun masa kecil pernah dipukul tetapi sekarang membesar dan berjaya je.”

Seorang anak yang dipukul berulang kali akan lebih berdiam diri, menjadi agresif dan tidak mempercayai orang lain. Siapa lagi yang boleh dipercayai jika orang yang paling anda percaya di dalam hidup iaitu ibu bapa, menyakitinya?

Tidak memukul bukan bermakna kurang disiplin. Kata-kata boleh memberi kesan yang lebih mendalam dan berpanjangan berbanding merotan. Sebagai ibu bapa, pada peringkat awal lagi kita harus menentukan batasan-batasan dan apa yang dimaksudkan dengan tingkah laku yang baik dan buruk.

Apabila anak anda berperangai buruk, terangkan kepadanya apa yang dilakukan salah. Daripada menjerit “Jangan, Tidak Boleh!” sekuat-kuat hati, beritahu anak anda mengapa tindakannya tidak boleh diterima. Sebenarnya anda perlu faham, anak kecil yang melakukan sesuatu mesti nak tahu apa Apabila anak anda memanjat, dia bukanlah nakal tetapi hanya bersifat ingin tahu.