Bagi yang mempunyai anak pasti akan pernah merasa saat anak menangis apabila berada dalam kelompok ramai. Anak berasa seolah-olah dirinya tidak selamat dan takut untuk berhadapan dengan orang sekeliling.

Nak salahkan ibu bapa sepenuhnya pun tak boleh juga. Mungkin mereka hanya berada dalam dunianya sahaja dan bermain di dalam rumah dengan mainan kesayangan. Jika keadaan ini berlarutan akan menjejaskan skil bersosial anak dengan orang luar.

Bagi ibu bapa yang mahu mengetahui lebih lanjut, perkongsian daripada Nur Khairunnisa Iskandar mengenai cara dia melatih anak bersosial boleh dijadikan contoh.

1- Biasakan anak menyapa kawan-kawan yang lebih kurang sebaya dengan dia bila ada dalam satu kawasan yang sama seperti playground, masjid, kedai makan, open house..

Tak kiralah Melayu ke Cina, India atau orang asing sekalipun. Pada mula ibu perlu guide. Ibu yang perlu menyapa bakal kawan anak tu.

" Ini Hanan. Nama awak siapa?..jom kita main sama-sama.”

Bila anak da biasa, guide anak untuk menyapa sendiri.

"Assalamualaikum/Hi .. Saya Hanan. Nama awak siapa?”

Fasa pertama mungkin anak akan berhenti kat situ je..tapi..bila dia dapat tune, maka banyaklah soalan dan cerita yang akan kita dengar..

Kesannya: Alhamdulillah anak-anak macam tak pernah takde geng atau hanya bermain dengan adik beradik sendiri sahaja lebih lagi kat playground. Mereka mesti akan bina rantaian geng.

2- Biarkan anak yang angkat tangan, pergi order makanan, request pinggan kosong…bila di kedai makan.

Kesannya: Anak-anak yakin diri

3- Ajarkan mereka juga untuk ucap terima kasih secara khusus setiap kali terima pesanan makanan, lihat orang yang lapkan meja, nampak pekerja angkut sampah, apa apa je lah..ucap terima kasih!

Terima kasih uncle/ Terima kasih kakak/ Terima kasih nenek…kalau tahu nama orang tu, sebut namanya beserta gelaran yang baik.

Kesannya: Mereka terbiasa untuk appreciate setiap orang yang ada di sekeliling mereka.

4- Hafalkan, terangkan dan ulang selalu hadis-hadis pendek berkaitan cara bersosial seperti hadis larangan mencela, larangan menakutkan orang lain, bercakap yang baik atau diam atau berkaitan dengannya.

So bila anak terbuat silap, bacakan sahaja hadis itu. Tak perlu cakap banyak banyak. Memang anak membesar banyak buat silapnya. Itulah cara mereka belajar.

Kesannya: Wahyu Tuhan juga yang dapat lembutkan hati mereka dengan pantas.

5- Adakan sesi brainstorm memuji di rumah. Game ni mudah je. Buat bulatan atau duduk setempat dengan anak-anak. Semua kene bagi pujian pada adik beradik. Maknanya semua kene fokus kepada kebaikan individu itu.

Kesannya: Untuk meretak dan seterusnya memecahkan batu kesombongan.. dengki..tak puas hati yang terpendam dalam diri