Sebenarnya anda kena tahu yang menghisap jari adalah tindakan refleks semulajadi.

Anak kita ni sejak dari dalam kandungan lagi sudah menghisap jari! Salah satu sebabnya, hisap jari boleh menenangkan mereka.

Jadi bila mereka sudah dilahirkan, habit hisap jari makin menjadi-jadi. Kadang ada anak-anak yang hisap jari sampai umur 8 tahun!

Cuba cara ini yang dikongsikan ini sebelum beri alternatif puting. Bagi puting terlalu awal pun tak bagus juga untuk anak-anak.

1. Bagi anak buang tabiat sendiri

Kalau anda tanya pakar pun macam mana nak selesaikan masalah ini, mereka akan cakap bagi anak anda sendiri buang tabiat itu.

Tapi, macam mana nak buat mereka buang sendiri? Anda boleh beritahu mereka yang tabiat menghisap jari itu tak bagus dan mereka harus berhenti membuatnya.

Lagi satu, mereka yang semakin membesar akan faham bila anda cakap yang perbuatan hisap jari itu tak sihat.

2. Beri pujian atau ganjaran

Sistem memberi ganjaran atau pujian boleh memberhentikan tabiat buruk menghisap jari. Cuba anda guna kalendar di peti ais untuk catit ganjaran buat anak-anak kalau mereka berhenti hisap jari.

Ataupun beri pujian pada mereka bila mereka tak menghisap jari. Biar diri mereka rasa dihargai.

3. Balut jari anak

Anda boleh cuba membalut jari mereka dengan kain bersih untuk mengelak mereka memasukkan jari dalam tangan.

4. Suruh anak hisap jari diam-diam, bukan dekat tempat umum

Untuk latih mereka berhenti menghisap jari, anda harus bijak mengatur strategi. Apa kata cuba waktu pendek untuk mereka hisap jari diam-diam dalam bilik, jika mereka tak hisap jari dekat khalayak ramai. Lama-lama, mereka takkan mahu hisap jari lagi pun!

5. Letak cecair/bahan yang tak disukai anak

Nampak macam kejam, kan? Tapi ini cara paling berkesan! Cuba anda letak apa-apa bahan yang tak disukai anak pada jarinya. Nanti pasti dia tak mahu hisap jari lagi. Contoh macam pewarna merah yang mesti mereka terfikir ada darah di jari.

6. Jangan tengking/marah anak

Sabar. Anda mungkin kecewa anak-anak macam tak mau berhenti hisap jari. Tapi, menjerit dan memarahi anak takkan menyelesaikan masalah.

7. Sibukkan tangan anak

Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti yang melibatkan kedua-dua tangannya seperti menyanyi, bermain muzik atau melakukan pergerakan tangan. Nanti mereka akan lupa untuk menghisap jari.

8. Ajar anak jari pun hidup sendiri

Anda boleh ajar anak untuk tak hisap jari ketika tidur dengan mengatakan jari mereka juga sedang tidur ketika itu. Tipu sunat. Lama-kelamaan anak akan terbiasa dan berhenti dengan sendiri.

Kesabaran sangat penting. Jangan berharap hasil yang cepat. Cuma kita perlu selalu ingatkan anak-anak supaya mereka boleh menghentikan tabiat menghisap jari.

Sumber: my.theasianparent.com