Jika anda mempunyai anak yang aktif dan sangat suka memanjat, sama ada kerusi, meja, tangga, pintu grill bahkan badan anda, anda patut BERSYUKUR.

Bertambah usianya maka ia sepatutnya seiring dengan kemampuan kekuatan otot-otot tubuh si kecil. Akan sampai satu fasa (tak semua akan lalui) si kecil akan suka memanjat.

Anda tak perlu khuatir tak perlu risau. Dia sedang berekplorasi menggunakan segala anggota badannya daripada mata, telinga, kaki, dan tangan.

Anak yang aktif memanjat, menunjukkan bahawa koordinasi antara mata, tangan, dan kakinya sudah semakin mantap.

Ia juga menunjukkan otot-otot tangan dan kaki si kecil semakin kuat sehingga boleh menampung beban tubuhnya.

Walaupun seringkali menjadi igauan para ibu bapa memiliki si kecil yang suka memanjat. Namun memanjat jugalah yang bermanfaat untuk melatih keberanian, keyakinan dan keseimbangan si kecil

Si kecil juga akan menjadi lebih lincah dalam bergerak.

Sebab itu jika si kecil anda suka memanjat, maka biarkanlah.

Tetapi perlulah diawasi dan dibimbing. Jangan pula dibiarkan jika anak memanjat tempat-tempat berbahaya.

Sebagai ibu dan bapa terangkan juga jika keadaan benda yang dipanjat itu membahayakan si anak. Mungkin mereka tak faham tapi peringatan itu akan membuatkan anak tahu.

Dia memanjat masa kecik ni aje. Nanti-nanti akan lepas lah fasa ni bila dia dah membesar sikit.

Sumber: Facebook Ibu Bapa Prihatin