Papa mama yang ada anak kecil mesti biasa dengan sippy cup atau cawan sedut. Ia adalah barang wajib ada kalau mempunyai anak kecil.

Sippy cup berguna untuk melatih kemahiran anak minum dari cawan tanpa tertumpah dan menggalakkan si kecil suka minum air masak.

Selain air masak, ada mama yang menuang susu ke dalam sippy cup sebagai salah satu cara untuk melatih anak berhenti minum susu dalam botol.

Tetapi ada satu hal yang mama kena ambil perhatian. Rupanya sippy cup boleh menjadi salah satu punca penyakit kepada si kecil. Bagaimana?

Kalau anak anda kerap selesema, batuk dan demam lebih baik anda periksa tahap kebersihan sippy cup anak. Ini kerana jika tidak dibersihakan dengan betul bahagian penyedut mudah bercendawan.

Seorang ibu, Laura Greene dari Forsyth, Missouri berkongsi pengalamannya yang terkejut melihat sippy cup anaknya dipenuhi cendawan hitam.

http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.703615.1500252069!/image/image.jpg

Menurut Laura, anaknya yang berusia 19 bulan telah menggunakan sippy cup selama setahun. Biasanya sippy cup itu diisi susu ataupun air. Satu hari dia terbaca posting di Facebook yang menunjukkan ada cendawan hitam dalam sippy cup.

Selesai membaca posting tersebut, Laura terus melihat sippy cup anaknya dan selepas 15 minit dia cuba membuka bahagian muncung kalis bocor (leak proof spout) barulah berjaya.

Sebaik melihat  bahagian tersebut, dia sangat terkejut kerana sudah hitam bercendawan. Dia mengaku sangat terkejut kerana selama ini selalu mencuci sippy cup anaknya selepas digunakan bahkan turut mencuci bahagian cawan tersebut secara terpisah.

Bayangkan betapa kotornya air yang selama ini diminum oleh si kecil kerana bakteria yang terkumpul dalam bahagian penyedut cawannya. Ia biasanya berlaku pada sippy cup bermuncung kalis bocor yang sukar dibuka.

Seperti yang anda sedia maklum, bakteria boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk isu pernafasan, keradangan kerongkong, jangkitan sinus dan radang kulit.

Jadi pastikan anda sentiasa membersihkan sippy cup anak dengan teliti termasuk bahagian penutup dan muncungnya yang kalis bocor setiap kali lepas digunakan.

Cecair yang tertinggal di bahagian penyedut dan muncung boleh menyebabkan bercendawan.

Sekiranya tidak mencuci bahagian penyedut selepas dihisap, sekurang-kurangnya bilas dengan air yang bersih atau keringkan sippy cup dari semua sisa cecair minuman anak.

Sentiasa periksa kebersihan bahagian penyedut sippy cup anak untuk memastikan fungsinya masih baik dan tiada sebarang bakteria yang berkumpul di situ.

Semoga anak-anak kita terhindar daripada bahaya jangkitan bakteria yang menjadi punca banyak penyakit.

Sumber: CNN