Bantu anak anda kekal selamat di bawah sinaran matahari dengan langkah mudah ini.

Alam kanak-kanak penuh kebebasan dan menyeronokkan. Paling menggembirakan dalam kehidupan kanak-kanak ialah dapat bermain sepanjang hari tanpa perlu memikirkan sebarang masalah kerana segalanya telah diuruskan oleh ibu dan ayah mereka. Begitu juga semasa percutian di pantai atau mandi manda di kolam renang, pastikan anak anda mendapat perlindungan khas untuk melindungi kulitnya.

Menurut Majlis Kanser New South Wales, sinaran matahari yang bahaya boleh berlaku dalam masa kurang dari 15 minit. Kulit yang kemerahan, keperangan atau tidak selesa menandakan kerosakan yang disebabkan sinar matahari. Masalah ini tidak boleh diambil ringan kerana kanak-kanak berisiko mendapat kanser kulit sewaktu dewasa nanti.

Perlindungan broad-spectrum (spectrum lebar) melindungi dari sinar UVA dan UVB. Nombor SPF (Faktor Pelindung Sinar Matahari) menentukan tahap pelindungan terhadap sinar UVB yang menyebabkan sinaran matahari. Namun begitu, sinar UVA mengakibatkan kerosakan kulit pada jangka masa panjang seperti pigmentasi tak serata, kedutan dan kekurangan keanjalan kulit. Perlindungan terhadap sinar UVA ditentukan dengan PA+++. Oleh itu periksa jumlah kedua-dua SPF dan PA+++ pada pelindung sinar matahari anak anda untuk memastikan ia menawarkan pelindungan broad spectrum terhadap sinaran UVA dan UVB. Kanak-kanak menghabiskan banyak masa di bawah sinar matahari berbanding orang dewasa. Ini menjadikan mereka lebih terdedah dengan cahaya matahari. Oleh itu lengkapkan diri anda dengan maklumat dan pastikan anak anda gembira dan sihat dengan tip bijak sinar matahari seperti berikut :

Bijak Berteduh
Sinar matahari paling terik di antara pukul 10 pagi ke 4 petang. Oleh itu elakkan berada di luar pada waktu ini. Penjagaan khusus mesti diambil apabila berada dalam persekitaran air atau pasir kerana ia memantul semula sinar matahari serta meningkatkan risiko masalah kulit anak anda. Anak anda mungkin merungut kerana terpaksa berada dalam bangunan. Rancang dan aturkan aktiviti atau tugasan yang boleh lakukan di tempat redup pada waktu matahari paling terik. Juga aturkan aktiviti yang menyeronokkan seperti menonton siri kartun kegemaran atau menghabiskan masa untuk hobi supaya mereka tidak bosan.

Bijak Berlindung
Lindungi mata si kecil dengan kaca mata hitam yang menawarkan perlindungan UV dan gunakan topi bertepi lebar untuk membantu melindungi kulit kepala, muka dan leher. Topi biasa kurang berkesan kerana bahagian belakang leher masih terdedah. Pakaian yang longgar dapat menyejukkan anak anda semasa cuaca panas. Kain tenun yang rapi lebih berkesan menghalang sinar matahari berbanding bahan yang nipis dan lutcahaya. Jadikan ia amalan untuk anak anda memakai topi dan kaca mata hitam setiap masa supaya mereka sentiasa bersedia. Walaupun begitu, pilihan ini tidak boleh menggantikan pelindung sinar matahari kerana ia masih cara paling berkesan untuk melindungi dari sinar matahari.

Bijak Memilih
Pastikan anda menggunakan pelindung sinar matahari broad spectrum yang melindungi dari sinar UVA dan juga UVB. Sapu pelindung sinar matahari pada semua kulit yang terdedah 30 minit sebelum terdedah pada sinar matahari dan jangan lupa pada tempat yang selalunya terlepas pandang seperti telinga, belakang leher, tangan dan kaki.

Ulangi sekurang-kurangnya setiap 2 jam ataupun lebih kerap jika berenang atau banyak berpeluh.¹º Bagi kanak-kanak yang aktif dan tidak sabar menunggu, gunakan losen semburan untuk mendapatkan perlindungan yang cepat dan rata.

Semasa anak anda mula membesar, anda boleh mendidik mereka untuk bertanggungjawab terhadap perlindungan sinar matahari supaya mereka akan mengambil langkah pencegahan ketika berada di sekolah atau semasa lawatan. Berikan mereka pelindung sinar matahari sendiri terutamanya yang dipilih sendiri. Ini satu cara untuk menggalakkan mereka kerap menggunakannya, kerana kanak-kanak sentiasa merasa bangga mempunyai barangan sendiri berbanding barangan yang dikongsi dengan ahli keluarga.

Mendidik anak anda sejak dari kecil lagi tentang perlindungan sinar matahari akan membantu menyemai tabiat positif sehingga alam dewasa. Kanak-kanak adalah penyokong terbaik dan jangan terperanjat jika mereka mula menasihati orang di sekeliling mengenai kepentingan perlindungan sinar matahari dan galakkan mereka berkongsi tip keselamatan sinar matahari dengan kawan-kawan mereka.

Kekal Dingin
Berada di bawah sinar matahari terlalu lama boleh membawa kepada keletihan akibat kepanasan dan dehidrasi. Pastikan anak-anak mendapat rehat dan hidangan ringan yang mencukupi supaya mereka cergas sepanjang hari. Setelah berada di luar sepanjang hari, gunakan gel penyejuk untuk melegakan kulit yang terkena cahaya matahari supaya bersedia untuk keesokan hari!