Kanak-kanak prasekolah memerlukan kira-kira 11 hingga 12 jam tidur setiap hari, termasuk tidur sekejap pada waktu siang. Memang tidak dinafikan waktu tidur yang tepat untuk kanak-kanak sering menjadi perbincangan tetapi perkara yang paling penting sebenarnya adalah untuk membantu kanak-kanak memupuk rutin tidur yang konsisten. 

 

Rutin tidur adalah cara terbaik untuk membantu anak-anak anda mendapat tidur yang cukup. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk mencipta rutin tidur buat si kecil anda:

 

1.Tetapkan waktu tidur, ingatkan anak-anak anda setengah jam dan 10 minit sebelum tidur.

 

2.Pastikan waktu bermain dan waktu makan yang anda tetapkan untuk mereka konsisten.

 

3.Elakkan makanan atau minuman yang boleh membuatkan mereka aktif sebelum tidur seperti gula dan berkafein.

 

4.Jadikan bilik tidur tempat yang tenang, selesa dan sesuai untuk tidur.

 

5.Gunakan katil hanya untuk tidur bukan tempat untuk bermain tab atau menonton televisyen atau video daripada gajet.

 

6.Berikan kebebasan untuk si kecil anda memilih sendiri pakaian tidur mereka dengan permainan atau bantal kegemaran untuk menemani mereka tidur.

 

7.Hadkan makanan dan minuman sebelum tidur.

 

8.Pertimbangkan muzik yang lembut dan menenangkan ketika waktu tidur mereka.

 

9.Dukung atau peluk anak anda ke tempat tidurnya dengan selesa supaya mereka rasa selamat untuk tidur.