Sesetengah orang mungkin berasa malas hendak pergi melancong bila ada anak kecil. "Nanti anak meragamlah", "Lecehlah nak bawak budak kecik melancong", "Banyaknya barang dorang nak kena bawak."

 

Mungkin itu antara sesetengah keluhan yang dinyatakan oleh ibu bapa yang enggan bawa anak pergi melancong selagi mereka belum besar. Memang tidak dinafikan melancong dengan anak kecil agak memenatkan kerana perlu melayan macam-macam kerenah dan ragam mereka. Tetapi, bukan bermakna anda tidak boleh menikmati masa percutian dengan si buah hati.

 

Selain berseronok dengan anak, membawa si kecil pergi melancong juga banyak kebaikan kepada perkembangan mereka.

 

1. Eratkan hubungan kekeluargaan

 

Proses merancang percutian sudah tentu memerlukan anda menyusun itinerari. Jangan hanya merancang tempat lawatan untuk anda berdua sahaja. Selitkan sekali program atau lokasi sesuai untuk anak anda. Nanti tidaklah si kecil bosan dan meragam. Selain itu aktiviti bercuti juga dapat mengeratkan hubungan erat sekeluarga. Masing-masing dalam mood seronok dan gembira. Papa dan mama jangan pula bergaduh sekiranya menghadapi sesuatu masalah semasa bercuti. Ia boleh mengganggu emosi dan mood anda sekeluarga selain memberi kesan buruk kepada si anak.

 

2. Latih anak sesuaikan diri

 

Membawa anak melancong tidak semestinya perlu ke tempat yang mewah dan mahal. Sesekali ajar anak untuk bercuti ala backpacker atau menikmati alam semula jadi. Bila sudah terbiasa, lama-kelamaan anak akan berasa seronok dan dia dapat belajar menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan.

 

3. Bantu mendisiplinkan anak

Kadang kala tiket kapal terbang yang kita tempah ke destinasi percutian perlu bertolak pada waktu awal pagi. Mahu atau tidak, semuanya perlu bersiap seawal subuh supaya tiada yang terlambat atau tertinggal. Dalam hal ini bukan papa dan mama sahaja perlu berdisiplin dan menepati masa tetapi si kecil juga. Momen percutian begini boleh membantu melatih anak lebih berdisiplin dalam soal waktu. Lama-kelamaan, dia tiada masalah untuk bangun seawal pagi.

 

4. Ajar si kecil lebih berani

 

Menjadi seorang yang berani kadang kala boleh dipelajari jika si kecil biasa didedahkan dengan dunia luar selain daripada rumah dan sekolah/taska. Bertemu dengan pelbagai jenis manusia di bermacam tempat memberikan pengalaman baru kepada anak. Biasakan mereka berani menyapa orang baru atau sekurang-kurangnya melemparkan senyuman mesra. Selain belajar menjadi seorang yang peramah, si manja juga boleh mempelajari bahasa lain. Tidak hairanlah kalau dia berkembang menjadi anak yang berkeyakinan tinggi.

 

5. Belajar budaya tempat orang

 

Peluang melihat negeri atau negara orang sudah tentu menjadi pengalaman paling berharga kepada si kecil. Ia sesuatu yang bernilai untuk pembelajaran mereka. Sambil melancong, anda juga boleh memperkenalkan kepelbagaian adat resam dan budaya di tempat yang dilawati. Mungkin sebelum sampai ke destinasi, anda sudah boleh mencari maklumat mengenai negeri atau negara yang dikunjungi bersama si kecil. Tentu dia bertambah teruja nak pergi bercuti!

 

6. Patuh pada peraturan

 

Setiap destinasi yang dikunjungi tentu ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ajarkan kepada anak tentang pentingnya menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang tersebut. Misalnya, tidak boleh meludah, membuang sampah merata-rata, merosakkan keindahan alam atau menyalahgunakan kemudahan awam. Si kecil anda akan lebih matang dan tahu menghormati orang lain serta kemudahan awam.

 

Ternyata ada banyak kelebihan yang bagus untuk perkembangan positif anak anda. Tunggu apa lagi, bawa si kecil pergi bercuti! Jom, dapatkan free seat Air Asia.

http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.585621.1479105756!/image/image.jpg

#AirAsiaFREESEATS kini bermula.

Tempah segera dari 14-20 November 2016

3 juta tiket untuk dihabiskan

Tempahlah untuk kemana-mana destinasi dalam dan luar negara.