Si kecil suka bermain dengan pelbagai permainan. Salah satu permainan yang dicadangkan yang membina daya kreatif adalah permainan tanah liat atau dikenali sebagai doh mainan. Ikuti selanjutnya maklumat kepentingan permainan ini. Seperti yang kita ketahui, aktiviti bermain merupakan masa untuk anak-anak belajar. Bagi kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas, telah mula bijak untuk berimaginasi, menerima arahan,bermain dan berkebolehan dalam menggunakan kemahiran sensori motor. Aktiviti yang membina  kemahiran motor halus pada anak-anak ialah mengutip objek di atas lantai atau meja, mengoyakkan kertas atau tisu, menconteng, merenyukkan kertas dan bermain doh mainan.

Doh mainan adalah salah satu jenis permainan adunan tepung yang sering digunakan oleh kanak-kanak dan mampu memberi manfaat untuk perkembangan otak anak. Kanak-kanak  juga akan mula cenderung untuk menjadi seorang yang kreatif. Walaupun kreativiti seseorang itu tidak boleh diajar secara langsung, tetapi ibu bapa perlu memainkan peranan membantu membina daya kreativiti dalam perkembangan imaginasi kanak-kanak supaya lebih kreatif. Selain daripada itu, berikut adalah antara kebaikan untuk anak-anak apabila didedahkan dengan permainan doh mainan anda perlu tahu.

Kemampuan sensori

Mempertingkatkan kemahiran sensori motor kanak-kanak.  Salah satu cara anak untuk mengenal sesuatu iaitu melalui sentuhan. Dengan bermain doh mainan mereka belajar tentang tekstur serta bagaimana menciptakan sesuatu dengan menggunakan imaginasi kreatif.

Kemampuan berfikir dengan kreatif

Bermain doh mainan boleh mengasah kemampuan berfikir anak. Latihlah dengan memberikan contoh bagaimana bermain dan menciptakan sesuatu. Ia secara tidak langsung meningkatkan kreativiti pada peringkat awal kanak-kanak.

Yakin diri

Menerokai perkara baru yang berlaku di sekeliling, membentuk keyakinan diri dan pemikiran yang lebih terbuka. Permainan doh mainan adalah permainan yang tanpa aturan sehingga berguna untuk mengembangkan kemampuan imaginasi anak.

Kemampuan berbahasa dan kemahiran motor

Meramas, berguling, membuat bola, dan berputar adalah beberapa kata yang akan sering didengar anak anda semasa bermain doh mainan. Gunakan kata-kata untuk menjelaskan aktiviti anak semasa bermain permainan ini. Jika perlu berilah nama untuk setiap bentuk yang anda buat daripada permainan doh mainan.

Kemampuan sosial

Melatih kanak-kanak menghubungkan kemahiran sosial dan kognitif menerusi aktiviti doh mainan bersama rakan-rakan seusia ataupun ditemani oleh orang dewasa. Si kecil punya kesempatan untuk menjalin interaksi yang akrab dengan teman-temannya. Seorang anak pada dasarnya berfikiran secara sehala, namun dengan melakukan aktiviti bermain bersama, anak-anak akan belajar bahawa bermain bersama sangat menyeronokkan.

Play-Doh tetap menjadi pilihan

Permainan yang menggunakan adunan tepung sememangnya kini banyak di pasaran. Menawarkan pelbagai warna dan bentuk. Namun begitu jenama Play-Doh selamat digunakan ini sentiasa di jadikan sebagai pilihan anak-anak.

Berkreatif

Menurut Pengarah Pemasaran, Franchise Asia Regional, Tamara Grindrod permainan Play-Doh merupakan permainan yang unik kerana ia menggunakan pergerakan tangan yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti kreatif serta membina kemahiran motor. “Apabila anda membuka satu tin kompaun Play-Doh, anda membuka satu tin imaginasi untuk anda membuat kreativiti. Saya suka melihat imaginasi kanak-kanak. Ia juga membolehkan saya untuk menjadi lebih kreatif dan berseronok dengan jenama ini,” ujarnya.

Shape & Learn

Play-Doh Shape & Learn line merupakan keluaran baru untuk Play-Doh dan menjadi kebanggaan pada Tamara sendiri kerana ia bukan sahaja mampu memberikan keseronokan yang berbeza buat anak-anak disamping membina kemahiran motor, sensori dan komunikasi anak-anak.“Ia adalah produk untuk anak berusia dua tahun ke atas. Dengan alat pembelajaran yang kreatif, ia memberi panduan untuk anda bermain dengan anak anda. Ia sesuatu yang menarik apabila kami dapati ibu bapa di Asia mencari permainan yang menyeronokkan dan manfaat untuk perkembangan anak. Bagi saya, aktiviti Shape & Learn adalah yang terbaik untuk anak anda,” katanya lagi.

Pengalaman baru

Semestinya aktiviti ini harus digunakan sebaiknya oleh ibu bapa merangsang kreativiti anak-anak. Sebelum mengakhiri perbualan Tamara turut berkongsi kenangan manisnya semasa zaman kanak-kanak bermain Play-Doh yang sentiasa segar dalam ingatannya.“Saya suka bau Play-Doh! Saya masih ingat semasa kanak-kanak, saya membentuk harimau untuk menunjukkan kepada ibu bapa saya di meja makan keluarga sambil membunyikan gauman harimau. Play-Doh membuatkan saya kembali muda, keseronokan dan penuh dengan kenangan manis,” kongsinya.