Siapa suka bercerita dengan anak? Kalau anda memang jenis mak bapak yang suka bercerita dengan anak sejak mereka bayi lagi, maka bertuahlah anak anda. Tapi kalau anda tak pernah praktiskan aktiviti ini, belum terlambat lagi untuk mulakkannya. Ada banyak manfaat yang anak anda boleh perolehi melalui aktiviti bercerita.

Kalau tak percaya boleh baca perkongsian daripada ibu dua anak ini, Puan Siti Maisarah Yusof yang mengamalkan aktiviti bercerita sejak anaknya bayi lagi.

Bagi ibu ayah yang biasa buat aktiviti bercerita, tentu bersetuju ada banyak kelebihan yang anak dapat kan?

6 MANFAAT BERCERITA DENGAN ANAK

Salah satu cara yang baik untuk membentuk minda anak agar menjadi seorang yang pintar,positif dalam berfikir, berfikir sebelum bertindak.

belajar menasihati dengan cara yang baik.

Mungkin anda boleh mulakan dengan selalu bercerita dengan anak anak. Dan layan jugak cerita mereka walaupun kita tak faham apa yang diceritakan ^_^

Saya dan suami suka bercerita dengan anak anak,terutama sebelum tidur. Tak kisahlah cerita tentang nabi ke,cerita masa zaman saya kecik² dulu. Kisah binatang dalam buku ke. Sebenarnya kita boleh juga jadikan waktu ini sebagai Masa yang berkualiti untuk anak anak.

Rupanya dengan cara ni membantu anak anak untuk bercakap dengan fasih tanpa pelat. Sebenarnya saya tak perasan pun. Cuma bila adik ipar tanya macam mana saya ajar anak anak bercakap? Sebab anak sulung saya langsung tak pelat. Umur 2 tahun percakapannya sudah jelas dan petah.

Kadang kadang kalau dorang bergaduh atau menangis nak kan sesuatu, dengan bercerita perhatiannya dapat dialih dan tangisan dapat dihentikan.

Sebenarnya normal kalau anak kita pelat pada peringkat awal. Sebab mereka belajar secara berperingkat. Menyerap dan mengumpul maklumat. Kemudian mereka akan cuba sebut hujung perkataan, suku perkataan sehingga perkataan tu menjadi lengkap dan jelas. Dan teknik bercerita ni mungkin membantu "memendekkan" tempoh pelat mereka ketika bercakap.

Jadi saya nak kongsikan sikit manfaat yang boleh kita dapat dari aktiviti bercerita ini.

Antara manfaat yang boleh anak anak dapat dari cara ini :

1) Membantu membentuk peribadi dan moral anak.

Melalui bercerita kita dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dan moral kepada anak. Kita dapat menegur sikap anak yang kurang baik, dengan mendatangkan contoh dari kisah yang kita bacakan kepada anak.

2) Mengasah imaginasi anak.

Masa kita bercerita tu,kalau disertakan dengan intonasi suara dan mimik muka. Anak anak akan cuba membayangkan situasi dalam cerita. Dan anak akan lebih tertarik untuk terus mendengar. Kadang kadang mereka cuba mencelah dan bercerita balik kepada kita.

3) Mengembangkan kemampuan berbahasa dengan lebih baik.

Bila anak kerap dengar cerita dengan bahasa yang baik dari kita. Secara automatik anak akan belajar dari situ. Mereka akan mula meniru dan membina ayat dari satu ayat ke satu ayat yang lain. Adam dan Soleh suka buat ayat baru. Walaupun kadang kadang rasa macam nak gelak pecah perut bila dengar ayat die. Tengok pasu bunga terbalik,Soleh cakap "Ibuuuu kenapa pokok tu die tumpah?"

Maknanya die cuba bina ayat.

4) Merangsang minat membaca.

Yang ni memang saya perasan. Agak ketara jugak. Abang Adam sangat gemar membaca. Sebenarnya tak baca pun. Tapi dia suka belek buku. Kadang kadang tertidur dengan buku atas muka.Balik sekolah je terus bukak buku cerita. Kadang kadang siapkan kerja sekolah separuh jalan. Lepas tu mintak saya bercerita "ibuu cerita,adam nak dengar cerita".

5) Membentuk kesedaran agama dalam diri anak anak.

Melalui cerita kita dapat mendatangkan contoh dan mengambil contoh dari tokoh tokoh agama untuk dijadikan ikutan oleh anak anak. Terutamanya dekatkan anak dengan kisah nabi,rasul,tentang kebesaran Allah. Tentang syurga dan neraka dan sebagainya.

Ini adalah untuk memupuk "benteng" dalam jiwa anak kita. Supaya bila mereka sudah besar kesedaran agama ini akan menjadikan mereka seorang yang terpimpin dalam setiap tindakan mereka.

6) Membantu anak untuk lebih fokus.

Bila kita bercerita perlu ada eye contact,interaksi dua hala. Bersoal jawab dengan anak. Anak akan belajar kemahiran mendengar,menjawab soalan dan melontarkan soalan juga. Maknanya bila anak dapat jawab soalan kita bererti dia dapat fokus dengan apa yang disampaikan. Yang penting kita harus bijak untuk menyampaikan. Kreatif dalam peyampaian supaya anak tak bosan dan enjoy.

Sebenarnya banyak lagi faedah yang boleh kita dapat dari bercerita dengan anak anak. Pokoknya setiap ibu bapa juga perlu sentiasa menambah ilmu kalau kita mahukan anak anak yang berilmu.

Anak anak cerminan diri kita yang sebenar. Jom berubah kearah yang lebih baik,supaya anak anak dapat mencntohi perkara yang baik dari kita.

Terima kasih kerana membaca. Semoga post ini memberi faedah buat anda.

#SHARE kalau anda rasa artikel ni bermanfaat .

Sumber: Facebook Siti Maisarah Yusof