Seperti kita ketahui, aktiviti bermain adalah masa untuk anak belajar. Bagi kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas, telah mula bijak untuk berimaginasi, menerima arahan, bermain dan berkebolehan dalam menggunakan kemahiran sensori motor.

Aktiviti yang membina  kemahiran motor halus pada anak-anak ialah mengutip objek di atas lantai atau meja, mengoyakkan kertas atau tisu, menconteng, merenyukkan kertas dan doh mainan.

Doh mainan adalah salah satu jenis permainan yang menggunakan tanah liat atau tepung  yang sering digunakan oleh kanak-kanak. Doh mainan merupakan salah satu jenis permainan anak yang bermanfaat untuk perkembangan otak anak. Dengan bermain doh mainan, anak bukan hanya memperoleh keseronokkan, tapi juga bermanfaat untuk meningkatkan perkembangan otak nya.

Anak juga mula cenderung untuk menjadi seorang yang kreatif. Walaupun kreativiti seseorang itu tidak boleh diajar secara langsung, tetapi ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membantu membina daya kreativiti dalam perkembangan imaginasi kanak-kanak dengan lebih kreatif.

5 kelebihan doh mainan

1.Kemampuan sensori

Mempertingkatkan kemahiran sensori motor anak.  Salah satu cara anak untuk mengenal sesuatu iaitu melalui sentuhan. Dengan doh mainan akan belajar tentang tekstur serta bagaimana menciptakan sesuatu dengan menggunakan imaginasi kreatif.

2.Kemampuan berfikir

Doh mainan boleh mengasah kemampuan berfikir anak. Latihlah dengan memeberikan contoh bagaimana bermain dan menciptakan sesuatu dengannya. Ia secara tidak langsung meningkatkan kreativiti pada peringkat awal kanak-kanak.

3.Yakin diri

Menerokai perkara baru yang berlaku di sekeliling, membentuk keyakinan diri dan pemikiran yang lebih terbuka. Permainan ini adalah permainan yang tanpa aturan sehingga berguna untuk mengembangkan kemampuan imaginasi anak. Dengan bermain permainan ini dapat meningkatkan rasa ingin tahu si kecil, sekaligus mengajarkannya tentang menyelesaikan masalah yang berguna untuk meningkatkan keyakinan diri.

4.Kemampuan berbahasa

Meremas, berguling, membuat bola, dan berputar adalah beberapa kata yang akan sering didengar anak anda semasa bermain dengan doh. Gunakan kata-kata untuk menjelaskan aktiviti anak semasa bermain permainan ini. Jika perlu berilah nama untuk setiap bentuk yang anda buat daripada permainan playdoh.

5.Kemampuan sosial

Melatih kanak-kanak menghubungkan kemahiran sosial dan kognitif menerusi aktiviti ini bersama rakan-rakan seusia ataupun ditemani oleh orang dewasa. Si kecil punya kesempatan untuk menjalin interaksi yang akrab dengan teman-temannya. Seorang anak pada dasarnya berfikiran secara sehala, namun dengan melakukan aktiviti  bermain bersama, anak-anak akan belajar bahawa bermain bersama sangat menyeronokkan.