Kanak-kanak belajar sambil bermain. Menerusi bermain mereka boleh membina kreativiti iaitu aktiviti yang banyak melibatkan otak pada sebelah kanan. Rangsangan yang berterusan akan menjadikan mereka kuat daya ingatan dan imaginasi tinggi.

Mama dan papa boleh jadikan sesi bermain bagi si anak sebagai sesi mendidik dalam bentuk permainan. Nampak macam ringkas tetapi itulah yang memberikan kesan kepada perkembangan minda dan fizikal mereka. Ikuti 10 cadangan aktiviti bermain yang memberikan manfaat kepada anak-anak.

Aktiviti rangsangan yang dimaksudkan tentunya jenis hands on, sama sekali  tidak bergantung kepada gajet. Penggunaan sumber barangan yang ada di sekeliling mengurangkan kos yang perlu dikeluarkan. Yang perlu anda peruntukkan ialah masa, kesabaran dan minat. Mama dan papa tunggu apa lagi. Ayuh kita mulakannya dari sekarang.

BERIMAGINASI DENGAN KADBOD

Boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak gemar bermain dengan kertas kotak atau kadbod. Berikan sahaja mereka kotak kosong, mereka boleh sahaja berimaginasi menjadikan kotak sebagai kereta, kapal terbang, rumah anak patung dan sebagainya. Biarkan dia bebas bermain dengan melakonkan watak yang digemarinya. Berikan pensel warna atau pen penanda untuk dia melukis lampu signal, no plat dan tingkap kereta.

REKA BENTUK DOH MAINAN

http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.741894.1507712497!/image/image.jpg

Doh mainan warna-warni menjadi godaan besar kepada si manja. Tekstur lembut dan warna ceria menguja adik untuk mencetuskan rekaan pelbagai bentuk dan merangsang deria sentuhan pada tangan. Mama dan papa boleh buat sendiri doh mainan bersama dengan adik menggunakan tepung, krim tartar, pewarna makanan dan air panas. Begitu juga dengan jeli slime, lembut dan kenyal. Bermain dengannya merangsang deria rasa pada telapak tangan dan jari adik.

MEWARNAI

http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.741892.1507712379!/image/image.jpg

Mewarnai memberikan peluang untuk si manja bermain dengan warna dan kreativitinya. Pensel warna, krayon atau cat air adalah antara sumber yang boleh digunakan adik pada sekeping kertas. Anak boleh duduk berjam-jam lamanya untuk aktiviti ini. Aktiviti ini amat balik untuknya belajar mencampurkan warna dan melakarkan. Finger paint buatan sendiri lebih selamat dan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah iaitu air, gula, garam, tepung jagung dan pewarna makanan.

MENGGUNTING DAN MELEKAT

http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.741890.1507712217!/image/image.jpg

Berikan peluang kepada si manja bermain dengan gunting. Biar dia menggunting sekeping kertas berwarna dan tampalkan pada kertas kosong menggunakan gam. Aktiviti ini akan membantu si manja mengembangkan kemahiran motor halusnya.

MEMASAK BERSAMA

Pilih satu menu ringkas seperti mufin, kek cawan, biskut cip coklat atau jeli yang boleh anda siapkan bersama. Biar dia terlibat secara langsung daripada penyediaan bahan-bahan dan peralatan. Dia akan belajar untuk bekerjasama dan memahami proses memasak.

BERMAIN BLOK KAYU

Adik bebas berimaginasi bila bermain dengan blok kayu. Blok kayu adalah alat mainan yang asas yang dimiliki si manja. Biarkan dia menyusun mengikut rekaan yang diingininya. Kemudian apabila dia siap, anda tanya rekaan apa yang dibinanya. Ada yang mengatakan bangunan, rumah ada balkoni atau sebuah sofa.

KRAF DAUN KERING

Keluar dari rumah kutiplah helaian daun yang gugur. Kumpulkan pelbagai bentuk dan jenis. Kemudian tampalkan pada buku. Berikan si manja pen penanda dan lakarkan mata, mulut dan telinga pada kertas bagi membentuk satu karakter seperti katak, ular, kucing dan sebagainya.

ORIGAMI

http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.741899.1507712650!/image/image.jpg

Origami ialah salah satu aktiviti yang paling digemari kanak-kanak. Mama dan papa tunjukkan cara dan si manja akan mengikutnya langkah-langkah yang ditunjukkan. Si manja semakin mahir otot tangannya ketika dalam proses membuat lipatan. Dia juga belajar untuk meniru apa yang anda lakukan. Bila siap tentunya adik seronok dan kagum melihat hasil origaminya.  

MAIN PERANAN

http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.741902.1507712765!/image/image.jpg

Main peranan menjadi kegemaran adik kerana adik boleh melakonkan watak yang digemarinya. Biar mama atau papa jadi pesakit dan anak jadi doktor. Anda juga boleh bawa watak pelanggan dan dia menjadi tukang masak. Anda berdua akan berdialog dan dia akan belajar secara spontan. Ketika ini anda bolehlah menambahkan perkataan baharu dalam perbualan anda dan si manja.

DRESS UP ATAU FESYEN

Anda mesti mempunyai skaf atau kain perca yang tidak digunakan. Letakkan dalam satu kotak dan namakan kotak tersebut sebagai kotak “Fesyen”.  Dia akan bebas mencipta jenis pakaian yang dia suka dengan menyarungkan skaf sebagai kain dan baju. Si anak boleh bebas berimaginasi dan membina keyakinan dalam mempersembahkan setiap baju rekaannya. Melalui permainan ini, dia juga berperluang menajamkan skil komunikasinya.

http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.741909.1507713007!/image/image.jpg

Alahai comelnya set permainan memasak ini, si manja boleh bermain masak-masak dan main peranan dengannya. Ia berwarna-warni dan saiznya sesuai dengan si kecil. Tentunya dia tidak mudah bosan dan seronok main masak-masak nanti!