Dari umur 2 hingga 4 tahun, anak anda memerlukan nutrien yang berbeza untuk memenuhi keperluannya. Peranan anda juga akan berubah. Sebab itulah Dutch Lady Nutri Plan™ ingin membantu anda memahami tahap-tahap perkembangan anak anda serta bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dalam membimbingnya.

•    Selepas peringkat tahun pertama, anak akan melalui tahap-tahap di mana mereka mempunyai sifat ingin tahu hingga ke sifat ingin tahu hingga memahami sesuatu perkara secara mendalam. Dari segi metabolisme pula, mereka memerlukan perkembangan otot dan tulang, kemahiran motor yang mantap, perkembangan otak dan perangkaian neuron otak yang berkesan. Semua perubahan ini memerlukan sokongan yang terbaik, iaitu kesihatan yang baik, kasih sayang daripada penjaga, persekitaran pembelajaran, dan juga sokongan nutrisi daripada Dutch Lady Nutri Plan™ .

•    Nutrisi perlu dikhususkan mengikut peringkat perkembangan, seperti Dutch Lady Nutri Plan™, untuk menyokong kemajuan Si Manja daripada satu tahap kebijaksanaan ke tahap yang seterusnya seperti terdapat dalam rangkaian Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™.

•    Dari umur 2 tahun dan ke atas, Si Manja anda sedang berkembang dengan cepat dari segi fizikal. Anda akan mendapati bahawa kemampuan Si Manja dalam kemahiran mengetahui, berfikir, membuat pertimbangan dan belajar semakin meningkat. Selain daripada menjadi seorang pakar nutrisi, anda perlu menjadi seorang peneroka untuk membantu Si Manja anda mempelajari dunia sekelilingnya!

Tahap Kebijaksanaan Explore (2 HINGGA 4 TAHUN)

•    Daripada penelitian melalui sikap ingin tahu tentang persekitaran, kanak-kanak akan beralih kepada tahap penerokaan pada usia anggaran 2 hingga 4 tahun. Dengan meneliti objek dengan lima derianya, Si Manja akan menjalani pelbagai eksperimen untuk mengetahui bagaimana ia berfungsi. Dia juga akan meneroka melalui peniruan tingkah laku yang telah diperhatikan - hasil daripada neuron cermin yang terdapat di seluruh otak. Dalam erti kata lain, otak yang sihat merupakan satu aspek yang penting dalam tahap penerokaan.

•    Pada tahap ini, Dutch Lady Nutri Plan™ EXPLORE dirumus dengan 5X DHA* untuk terus merangsang perkembangan otak, Magnesium untuk membantu mengekalkan fungsi normal saraf dan otot; dan Vitamin D untuk mengukuhkan kesihatan tulang kanak-kanak, agar mereka sentiasa aktif untuk meneroka persekitarannya.
 
•    Oleh kerana kanak-kanak sering merasa dan menyentuh segala-galanya sewaktu mereka meneroka, terdapat kemungkinan di mana mereka senang dijangkiti penyakit. Kanak-kanak yang sakit kurang bertenaga untuk meneroka dan belajar. Oleh itu, ketahanan semula jadi badan secara langsung akan memberi manfaat kepada fungsi kognitif. Untuk meningkatkan daya tahan badan semula jadi Si Manja anda, pengambilan Selenium dan Zink yang terdapat pada Dutch Lady Nutri Plan™ EXPLORE dapat membantu untuk meneutralkan radikal bebas dan menyokong sistem pertahanan badannya.

•    Dengan nutrisi yang sesuai, tiada apa yang akan menghalang si manja untuk menawan dunia, dengan satu sentuhan (dan rasa) pada suatu masa!

PERANAN ANDA SEBAGAI PEMIMPIN PENEROKA!

o    Si manja anda membesar daripada mempunyai sifat ingin tahu dalam pelbagai perkara di sekelilingnya kepada mempelajari untuk meneroka perkara yang menarik perhatiannya. Anda perlu menggalakkan dan menunjukkan kepadanya cara untuk meneroka agar dia mengetahui bahawa ia adalah “ok” untuk menghidu, merasa dan menyentuh pelbagai benda yang anda rasa selamat.

o    Anda juga perlu meneruskan peranan sebagai seorang penglipur lara untuk membantu si manja anda memahami dan mempelajari semua perkara dan tempat dia terokai. Ikatan mesra ibu dan anak lebih erat sekiranya anda meneroka bersama dengan si manja anda.

Setiap kanak-kanak membesar pada tahap perkembangan yang berbeza. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah menyediakan yang terbaik mengikut peringkat pencapaian si manja, agar mereka dapat mencapai kebijaksanaan dan kekuatan yang diperlukan untuk mencapai tahap yang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut tentang cara bagaimana Dutch Lady 4-tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA* dapat menyokong tahap perkembangan kanak-kanak, sila layari www.smartmoments.com.my.



Rujukan:

* Berbanding dengan susu tepung rumusan kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009)
4 Tahap Nutri Plan™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady® Curious, Explore, Create dan Learn.