Apabila si manja sudah melepasi usia enam bulan, semakin banyak dia menguasai pencapaian perkembangan pentingnya. Ketika usia ini bayi sememangnya mencapai tahap maksimum dalam pembelajarannya.

Sebagai ibu bapa jangan abaikan peranan anda membantu merangsang si manja supaya lebih pantas belajar. Jangan lupa juga memberikan pelbagai nutrien terbaik untuk menyokong proses ini!

Perkembangan anak 6 hingga 12 BULAN

 

1. Di antara usia 6 hingga 12 bulan, si manja anda akan melalui siri pencapaian penting yang memerlukan lebih banyak tumbesaran dan perkembangan fizikal dan otot, seperti duduk secara berdikari, merangkak, serta berdiri dan berjalan dengan bantuan dan sendirinya.

 

2. Selain daripada kemahiran motor, aspek pembelajaran bahasa turut berlaku pada tahun pertama kehidupannya. Daripada bunyi vokal asas seperti menangis bayi anda kini akan belajar dengan meniru bunyi yang anda buat semasa bermain dan bercakap dengannya; dan dia mungkin juga dapat menyebut perkataan pertama yang mudah pada usia sekitar 12 bulan.

 

3. Dalam fasa ini, otak dan ototnya berada pada tahap perkembangan yang pantas. Oleh itu, adalah penting untuk mengembangkan sistem otak dan otot untuk mencapai keupayaan untuk berjalan dan bercakap. Pelbagai nutrien  yang terlibat untuk menyokong proses ini termasuk protein, DHA, magnesium dan vitamin B.

 

Peranan anda sebagai pakar terapi pertuturan!

 

• Buat bunyi yang berbeza atau berkata-kata kepadanya dan tunjukkan pada si manja bagaimana anda melakukannya.

 

• Berbual-bual dengan si manja tentang segala-galanya di sekelilingnya dan bergembira sewaktu berbuat demikian, walaupun dia tidak bertindak balas pada mulanya.

 

• Ulangi kata-kata dan perkara yang anda beritahu bayi anda.

 

Setiap kanak-kanak membesar pada tahap perkembangan yang berbeza. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah menyediakan yang terbaik mengikut peringkat pencapaian si manja, agar mereka mencapai kebijaksanaan dan kekuatan yang diperlukan untuk mencapai tahap yang seterusnya.