Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak pasti bersetuju masalah gaduh di kalangan anak-anak adalah perkara normal. Sepanjang tumbesaran, bergaduh adalah sebahagian daripada proses mereka membesar.

 

Pendek kata memang pening kepala papa dan mama dengan kerenah bergaduh anak-anak. Tetapi bila datang angin baik, macam tidak boleh berenggang mereka bersama-sama. Apa kata kita, kaji apa punca anak-anak suka bergaduh.

 

Mengapa bergaduh?

 

*Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian seperti mana adik-beradik lain.

 

*Anak berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik-beradik lain.

 

*Fasa pembesaran mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain.

 

*Anak-anak berasa bosan, penat atau lapar dan menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

 

Bagaimana tangani pergaduhan

 

*Jangan memihak dan terbabit dalam pergaduhan anak-anak kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal.

 

*Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin apa yang diadunya betul atau tidak. Mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap sahaja sebelum mereka bergaduh semula.

 

*Jangan buat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

 

*Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak.

 

*Ajar anak saling bermaafan selepas bergaduh.

 

*Nasihat dengan baik mengapa tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika bergaduh. Jika anak-anak bergaduh, cuba leraikan dengan baik, jangan tengking atau membebel.