Kita memang merancang dengan sebaiknya untuk melahirkan bayi di hospital yang mempunyai kelengkapan peralatan dan mampu menangani sebarang kecemasan yang timbul ketika proses kelahiran bayi berlaku.

Sebaiknya elakkan daripada bersalin di rumah tanpa pemantauan daripada pegawai perubatan yang berkelayakan. Bahkan ibu mengandung juga sangat disarankan mengelakkan bersalin di hospital yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan.

Namun, dalam membuat perancangan yang rapi, ada juga ibu hamil yang melalui pengalaman bersalin secara kecemasan bukan di hospital. Siapa pun tak dapat menghalang kalau sakit bersalin datang tiba-tiba sebelum tarikh bersalin sebenar dan ibu pula jenis yang cepat bersalin. Tak sempat ke hospital sudah 'keluar' bayi. Apa nak buat bila berhadapan denga situasi ini?

Sekiranya ada kawan atau ahli keluarga bersalin sebelum waktunya, anda disarankan untuk membantunya dengan cara berikut:

1. Mengarahkan ibu supaya berhati-hati dan jangan sampai bayinya jatuh. Kalau kepala bayi sudah keluar, ibu dia perlu pegang dan teruskan proses bersalin.

2. Mendapatkan bantuan pegawai perubatan dengan kadar segera. Ketika bayi sudah lahir, kadang-kadang uri belum keluar sepenuhnya. Segera minta pegawai perubatan kecemasan untuk membantu mengeluarkan uri ibu. Jika tidak, akan berlaku risiko pendarahan yang boleh mengancam keselamatan ibu.

3. Jika dalam keadaan menunggu kedatangan pegawai perubatan, uri keluar secara spontan, anda harus memantau pendarahan yang berlaku.

4. Sebaik mungkin keadaan tempat bersalin mesti bersih. Misalnya, gunakan alas kain yang sudah dibasuh, peralatan atau kelengkapan lain yang sudah dicuci dengan antiseptik dan lain-lain lagi.

5. Sekiranya sudah selamat bersalin di rumah, ibu dan bayi mesti segera dibawa ke klinik atau hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

 

/polopoly_fs/1.576978.1477295781!/image/image.jpg

Ibu yang melalui pengalaman bersalin sebelum waktu perlu membuat persiapan bersalin lebih awal kerana kemungkinan dia juga akan melahirkan bayi sebelum tarikh jangkaan bersalin untuk kelahiran anak seterusnya.