Kelahiran bayi pramatang mendedahkan si kecil kepada pelbagai risiko. Ramai ibu bapa yang bimbang memikirkan nasib anak mereka sekiranya terpaksa melahirkan bayi sebelum cukup tempohnya.

Lebih 1436 tahun lalu, Rasulullah SAW mengajar umat Islam supaya kelahiran seorang bayi itu sunnah disambut dengan menyapu sedikit buah kurma (yang dikunyah sehingga lembik) ke atas lelangit bayi baru lahir. Amalan ini dikenali sebagai tahnik.

Hari ini para pengkaji dari New Zealand mendapati ia cara berkesan dan murah melindungi bayi pramatang daripada kerosakan otak, apabila satu dos gula diberi dalam bentuk gel manisan dan digosok ke dalam pipi.

Gula dalam darah yang rendah sangat berbahaya dan boleh menjejaskan lebih kurang satu daripada 10 orang bayi yang lahir terlalu awal. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Ujian yang dilakukan terhadap 242 orang bayi di bawah penjagaan pengkaji mengumumkan hasil kajian yang diterbitkan dalam  The Lancet. Ia dikatakan sepatutnya menjadi rawatan pertama terhadap bayi pramatang.

Inilah sebabnya mengapa para Muslim mengikut sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW tanpa mempersoalkannya. Kini, para saintis baru menemui rawatan ini yang telahpun diperkenalkan sejak 1436 tahun lalu.

Ini antara fakta tentang pemberian dos gula kepada bayi pramatang oleh para saintis

1. Kos rawatan gel dekstrosa hanya lebih £1 setiap bayi dan adalah lebih mudah menguruskannya berbanding pemberian glukos melalui drip, kata Prof Jane Harding dan pasukannya di University of Auckland.

2. Rawatan semasa lazimnya melibatkan penyuapan tambahan dan pengulangan ujian darah untuk mengukur tahap gula darah. Tetapi ramai bayi ditahan ke unit rawatan rapi dan diberi glukos intravena kerana paras gula darah mereka kekal rendah - satu keadaan yang para doktor panggil hipoglisemia.

3. Kajian ditaksir sama ada rawatan dengan gel dekstrosa lebih berkesan berbanding penyuapan sahaja kepada hipoglisemia.

4. Neil Marlow, dari Institute for Women's Health di University College London, berkata walaupun rawatan gel dekstrosa tidak digunakan, penemuan ini seharusnya dicadangkan semula sebagai satu rawatan. "Kami sekarang mempunyai bukti berkualiti tinggi yang sangat bernilai," katanya.

5. Andy Cole, ketua pegawai kebajikan bayi pramatang Bliss, berkata, "Ini adalah satu penyelidikan baru yang sangat menarik dan kami sentiasa mengalu-alukan apa-apa sahaja penemuan yang mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil kepada bayi dilahirkan pramatang atau sakit.

6. Ia adalah satu rawatan kos efektif dan boleh mengurangkan kemasukan bayi ke perkhidmatan jagaan intensif, yang berfungsi untuk tahap keupayaan tinggi.

7. "Manakala keputusan awal kajian ini menunjukkan manfaat kepada bayi yang lahir denga gula darah rendah, jelaslah yang lebih banyak penyelidikan perlu dibuat untuk melaksanakan rawatan ini."

Sumber: www.bbc.com